50 kawasan di KL alami gangguan bekalan air hingga malam esok

October 10, 2021 · Isu semasa

Gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka akan berlaku sehingga malam esok di 50 kawasan sekitar Kuala Lumpur berikutan berlaku insiden kebocoran paip pengepaman di Rumah Pam Segambut, hari ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Elina Baseri, berkata kerja-kerja pembaikan sudah siap dilaksanakan pada jam 5.40 petang tadi.

“Bekalan air telah mula disalurkan secara berperingkat-peringkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 malam, 11 Oktober.

“Insiden ini telah menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 50 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, Air Selangor juga sudah menggerakkan lori-lori tangki ke kawasan yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengkebumian.

“Para pengguna diharap dapat mematuhi penjarakan fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air daripada lori-lori tangki ini.

“Pengguna boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300,” katanya.

Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Berita berkaitan
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Banjir: Polis Terengganu buat persiapan awal sekiranya balai dan pondok dinaiki air
November 22, 2023· Isu semasa
Harga ayam tidak naik dan bekalan stabil: KPKM
November 1, 2023· Isu semasa
SPRM tahan empat individu bantu siasatan rasuah projek air Sarawak
October 11, 2023· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Akaun FB rasmi Mat Sabu digodam : Pejabat menteri
June 13, 2023
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
21 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok