Penduduk Kedah rentas negeri ke Perlis akan diambil tindakan

October 8, 2021 · Isu semasa

Tindakan tegas akan diambil terhadap penduduk Kedah yang cuba merentas negeri ke Perlis tanpa kebenaran sehingga menyebabkan peningkatan kes Covid-19 ketika ini, kata Polis.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat menyifatkan tindakan tidak bertanggungjawab tersebut dipandang serius pihaknya kerana ia menjadi punca penularan semula di Perlis dan akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

“Kita akan siasat dan semak individu yang dipercayai merentas negeri tanpa kebenaran dan didapati positif COVID-19 di Perlis.

“Jika ada penduduk negeri ini yang didapati rentas negeri ke Perlis tanpa kebenaran dan menyebabkan jangkitan virus itu di sana (Perlis), polis tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas, termasuk kompaun,” katanya lapor sebuah portal

Kamarul Zaman berkata, pihaknya juga akan melakukan pemantauan dan rondaan di kawasan lorong tikus yang dikenal pasti digunakan penduduk Kedah untuk menyeberang masuk ke Perlis.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dilaporkan berkata kes jangkitan harian Covid-19 di Perlis didapati melonjak ke paras tertinggi akibat aktiviti rentas negeri secara haram.

Katanya, sebanyak 200 kes Covid-19 dilaporkan di Perlis semalam, dipercayai akibat aktiviti rentas negeri secara haram dilakukan penduduk tempatan dari Kedah.

Berita berkaitan
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Tak jawab tuduhan, tapi PM baharu saman MP Kuala Terengganu pula
December 22, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
3 minit lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
8 minit lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok