Kesalahan jenayah bagi bunuh diri akan dimansuhkan

October 7, 2021 · Isu semasa

Kerajaan bersetuju untuk memansuhkan Akta 309 Kanun Keseksaan iaitu bunuh diri sebagai kesalahan jenayah selepas mendapat lampu hijau Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Perkara itu dijelaskan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Aaron Ago Dagang yang berkata cadangan pemansuhan itu kini tinggal untuk dibawa ke Kabinet bagi mendapatkan kelulusan sebelum ia dilaksanakan.

“Bunuh diri sebagai satu kesalahan jenayah sudah lama dibincangkan dan saya difahamkan setakat ini KDN dan AGC sudah setuju untuk memansuhkan Seksyen 309 berkait bunuh diri sebagai satu kesalahan jenayah.

“Peringkat sekarang, ia akan dibawa ke Jemaah Menteri dan seterusnya untuk membuat pindaan supaya kesalahan bunuh diri tidak akan disabit kesalahan jenayah lagi,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Che Alias Hamid (PN-Kemaman) mengenai perkembangan terkini mengenai kesalahan bunuh diri.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan mempertimbangkan untuk mengeluarkan percubaan bunuh diri daripada sistem keadilan jenayah dan memasukkan individu yang melakukan cubaan bunuh diri ke dalam sistem rawatan kesihatan.

Dalam perkembangan lain, AGC juga sedang mengkaji pilihan perundangan yang ada serta implikasi perundangan jika kesalahan percubaan membunuh diri dikeluarkan daripada sistem keadilan jenayah.

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Pemuda PAS bidas kenyataan Menteri KDN berhubung cadangan bawa keluar rakyat Palestine
November 6, 2023· Politik
Pindaan Perlembagaan atau pada akta lain dalam isu kewarganegaraan: Saifuddin Nasution
November 1, 2023· Isu semasa
Lesap RM120,000 selepas ditipu ‘phone scam’ menyamar polis
October 24, 2023· Isu semasa
Popular
Benarkan ganja perubatan, kata bekas Ketua Hakim Negara
June 24, 2022
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok