Gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter melanda wilayah Iwate Jepun pada Rabu, lapor Agensi Berita Xinhua memetik Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
Laporan Bernama berkata gempa berlaku kira-kira 2.46 pagi waktu tempatan, dengan pusat garis lintang 40.0 darjah utara dan 142.4 darjah timur pada kedalaman 50 kilometer.
Setakat ini tiada amaran tsunami dikeluarkan.