Indonesia berduka kematian anak gabenor Jawa Barat di Switzerland

June 13, 2022 · Dunia

Puluhan ribu penduduk memenuhi jalanan di Kota Bandung hari ini (13 Jun) sambil meratapi anak gabenor wilayah Jawa Barat itu, yang ditemukan lemas di sungai di Switzerland minggu lalu.

Kehilangan Emmeril ‘Eril’ Kahn Mumtadz bulan lalu mendapat perhatian negara, dengan rakyat Indonesia menyiarkan imej dan video dalam talian anak sulung Ridwan Kamil, gabenor wilayah terpadat penduduk Indonesia di Jawa Barat.

Lelaki berusia 22 tahun itu hilang di Sungai Aare di ibu negara Switzerland, Bern, pada 26 Mei ketika berenang bersama kakak dan rakannya.

Pihak berkuasa Switzerland telah menemukan mayatnya di empangan selepas pencarian selama 12 hari dan menghantarnya pulang ke Indonesia pada Ahad.

Orang ramai berkumpul di ibu kota Jawa Barat, untuk mengucapkan perpisahan kepada anak ahli politik itu menjelang siaran pengebumian di televisyen nasional, di mana ramai yang menangis teresak-esak melambai kepada keluarganya, ketika mereka menuju ke tanah perkuburan Islam.

Beberapa penduduk dari pulau lain di Indonesia datang ke Bandung untuk memberi penghormatan terakhir, lapor media tempatan.

“Saya percaya Eril sangat gembira sekarang dan dia aman. Kami juga dalam keadaan aman dan kami telah menerima apa yang berlaku,” kata bapanya kepada pemberita di luar tanah perkuburan itu.

Kamil ialah bekas datuk bandar Bandung dan salah seorang ahli politik paling popular di Indonesia, sering dinamakan sebagai salah seorang tokoh yang dijangka bertanding dalam pilihan raya presiden 2024.

Presiden Joko Widodo pada Jumaat berkata beliau menghubungi gabenor untuk menyampaikan takziah.

Menteri Kabinet dan ahli politik turut memberi penghormatan, menyambut jenazah Eril setibanya di Jakarta dan bertemu Kamil sebelum pengebumian.

“Eril seorang yang baik. Insya-Allah, Eril akan diberikan tempat terbaik di sisi Tuhan,” kata Gabenor Jawa Tengah Ganjar Pranowo. – AFP

Berita berkaitan
Singapura import ayam dari Indonesia, tambah sumber baharu makanan
11 jam lalu· Dunia
Pemuda UMNO minta PM batalkan lantikan Tajuddin sebagai Duta
June 29, 2022· Politik
Program Agong ditangguh, Tajuddin belum terima watikah lantikan duta
June 20, 2022· Isu semasa
Dr Mahathir diundang parti kerajaan Indonesia sampaikan kuliah umum
June 17, 2022· Isu semasa
Popular
Russia mungkin serang Sweden, Finland jika NATO hantar tentera
June 30, 2022
Elon Musk lawat Indonesia pada Nov bukan Malaysia selepas dijemput Jokowi
May 16, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Singapura lapor 11,504 kes Covid-19 hari ini, tertinggi dalam lebih 3 bulan
June 28, 2022
Lagi Dunia terkini
Kes Covid-19 meningkat hampir di seluruh dunia: WHO
8 jam lalu · Dunia
Kes melonjak: Pakar gesa Thailand tangguh isytihar pascapandemik
8 jam lalu · Dunia
Kawalan ketat keselamatan di Hong Kong menjelang lawatan Presiden Xi
11 jam lalu · Dunia
Russia mungkin serang Sweden, Finland jika NATO hantar tentera
June 30, 2022 · Dunia
‘Bongbong’ angkat sumpah presiden, era baharu pemerintahan Marcos
June 30, 2022 · Dunia
Video / Foto
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
2 jam lalu
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok