MB Johor pula sokong pemilihan UMNO diadakan tahun ini

April 6, 2021 · Politik

Gerakan ketua-ketua bahagian bagi mendesak pemilihan UMNO disegerakan bertambah rancak apabila Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad pula menyuarakan pandangan sama yang mahu ia diadakan tahun ini.

Hasni yang juga Ketua Bahagian UMNO Pontian berkata tidak ada halangan pemilihan UMNO diadakan tahun ini kerana parti itu sudah berpengalaman luas dalam mengendalikan pilihan raya parti.

“Mengikut perlembangan UMNO, setiap tiga tahun parti perlu mengadakan pemilihan. Perlembagaan juga membenarkan lanjutan selama 18 bulan atas sebab-sebab yang khusus seperti tahun-tahun pilihan raya, berlaku bencana dan sebagainya.

“Oleh itu, saya melihat tiada masalah dari segi pematuhan ketetapan yang dibuat atau terkandung dalam perlembagaan parti,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Hasni juga menolak dakwaan kononnya jika diadakan pemilihan parti ia akan merosakkan parti.

“UMNO sudah 75 tahun, dulu berlaku pemilihan yang sengit melibatkan tokoh-tokoh yang besar dalam parti. UMNO langsung tidak gentar berdepan dengan pertandingan sengit mana pun.

“Meskipun berlaku percanggahan pandangan dalam kalangan ahli, saya yakin pemilihan UMNO yang dijangka diadakan pada hujung tahun ini tidak akan memecah belahkan parti,” katanya.

Awal hari ini, Agenda Daily mendedahkan spekulasi bertiup kencang wujud gerakan sekumpulan ketua-ketua bahagian yang sedang merancang untuk mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakan jawatannya.

Difahamkan gerakan tersebut disusun selepas Zahid dilihat tidak mengendahkan desakan supaya pemilihan parti tersebut disegerakan.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Konspirasi Zahid-Anwar sejak 1998, rancang gulingkan Dr M dan kini mahu singkir Muhyiddin
August 9, 2021
Tak wajar rundingan sulit Zahid-Anwar jika benar berlaku: Shahidan
October 17, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok