Erwan Tahir bukan Ketua Bersatu Putrajaya

October 2, 2021 · Politik

Dr Erwan Mohd Tahir yang menyertai UMNO semalam bukanlah Ketua Bahagian Bersatu Putrajaya, sebaliknya dia telah meletak jawatan itu pada 10 Oktober 2020, setelah gagal dalam pemilihan pada tahun yang sama.

Memperbetul kenyataan dalam UMNO Online, Pemangku Ketua Bersatu Putrajaya, Fathul Azam Hashim menjelaskan Erwan meletak jawatan sambil disaksikan Ahli Jawatankuasa Bahagian dan Ketua-Ketua Cawangan pada tarikh itu.

“Memetik laporan siaran Facebook UMNO Online, Bersatu Putrajaya ingin memperbetulkan pernyataan dan menyatakan bahawa Datuk Seri Erwan Tahir bukan lagi merupakan Ketua Bahagian Bersatu di Putrajaya semasa beliau menyertai semula UMNO,” katanya dalam satu kenyataan sambil menjelaskan Erwan kalah dalam pemilihan jawatan Naib Presiden parti tahun lalu.

Menurutnya, sepanjang tempoh kekosongan jawatan tersebut beliau telah memangku sekali gus menyandang jawatan Ketua Bahagian Bersatu Putrajaya.

“Ingin dimaklumkan juga, Bersatu Putrajaya tidak terkesan dengan perletakan jawatan beliau. malah semakin mendapat sambutan keahlian dari warga putrajaya.

“Bersatu Putrajaya juga berjaya menubuhkan 9 cawangan baru dengan keahlian baru sebanyak 1,030 ahli dan giat menyantuni penduduk Putrajaya dengan berbagai program dan bantuan,” katanya.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
PAS kekal dalam PN, tiada keputusan terima syarat UMNO
October 8, 2022
Hapus hutang dan sukuk adalah lain, Muhyiddin beritahu kepada PMX yang tak faham
July 9, 2023
Ucapan 3R : PN akan lapor polis terhadap Guan Eng
July 9, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok