14 ahli Geng Nicky dilepaskan, ketua kumpulan dalam buruan

September 30, 2021 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Shah Alam melepaskan tanpa dibebaskan 14 ahli Geng Nicky hari ini daripada pertuduhan terlibat dalam kumpulan jenayah terancang.

Ketua kumpulan itu, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee masih dalam buruan bagaimanapun belum dapat ditangkap dan dua tertuduh Datuk Liow Wei Kin dan Datuk Liow Wei Loon yang merupakan adiknya turut dibebaskan hari ini.

Tertuduh lain ialah Lee Han Keat, Eee Eng Chee, Dr. Jovian Joris Tan Chern Chian, Lee Kam Onn, Datuk Lee Kum Weng, Datuk Loo Siew Chin, Datuk Seri Andrew Lim Kim Ming dan Lim Kang Li.

Empat tertuduh yang merupakan warga China ialah Huang Lei, Gu Xing Qiong, Yujun Wang dan Jiang Xue. Kesemua tertuduh berusia awal 20-an hingga 56 tahun.

Hakim Datuk Abd. Halim Aman dalam keputusannya berkata, mahkamah menggunakan Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan iaitu kuasa mendakwa, tidak mendakwa dan menarik semula pendakwaan adalah berkait dengan kuasa pihak pendakwa raya.

“Pihak pendakwaan berjaya meyakinkan mahkamah apabila pendakwa raya mencadangkan untuk menjalankan pertuduhan apabila siasatan sudah lengkap.

“Oleh itu, mahkamah memutuskan kesemua tertuduh dilepas tanpa dibebaskan di bawah Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah,” katanya.

Mengikut pertuduhan, 13 tertuduh didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Nicky di kawasan SetiaWalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, di sini antara 1 Januari 2017 dan 20 Mac 2021.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Kim Ming didakwa membantu kumpulan jenayah sama di kawasan SetiaWalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, di sini antara 1 Januari 2017 dan 29 Mac 2021.

Dia dituduh mengikut Seksyen 130W Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad memohon agar kesemua tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan kerana pihaknya berhasrat untuk meneruskan pertuduhan pada masa akan datang.

Bagaimanapun, pihak pembelaan yang diketuai peguam bela, Datuk Rajpal Singh memohon agar kesemua anak guam mereka dilepas dan dibebaskan memandangkan mereka telah ditangkap antara 18 hingga 21 Mac lalu.

Nicky, 33, merupakan pengasas kepada Winner Dynasty Group yang berpusat di Setiawalk Puchong, Selangor menjadi buruan polis selepas 68 ahlinya ditahan dalam Op Pelican 3.0 bermula 20 hingga 28 Mac lalu.

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Bapa tiga anak terlepas hukuman mati, bebas tuduhan edar dadah
November 22, 2023· Isu semasa
Jangan sertai himpunan di Bukit Jelutong pada Sabtu ini, kata polis
November 15, 2023· Isu semasa
Ramasamy berjaya kutip derma RM1.5 juta untuk bayar saman Zakir
November 9, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Ke mana masa depan ekonomi orang Melayu?
June 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok