MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi

September 28, 2021 · Isu semasa

Kerajaan digesa supaya membatalkan kelulusan kepada syarikat judi untuk membuat 22 kali cabutan khas tahun ini dan bertegas supaya menolak kebenaran tersebut.

Gesaan tersebut dibuat seorang Ahli Parlimen PAS (MP Pasir Mas) Ahmad Fadhli Shaari yang menyifatkan tindakan memberi kelulusan itu akan menimbulkan tentangan hebat sekiranya masih diteruskan juga, disamping ia akan memberi kesan buruk terhadap aspek sosial rakyat khususnya mereka yang beragama Islam.

“Saya berdiri di sini untuk menyatakan bahawa kerajaan wajib untuk menarik balik langkah ini sebelum berdepan dengan tentangan lebih hebat sama ada di dalam dewan ini atau di luar sana, kerana judi – dalam apa bentuk sekali pun – akan menyebabkan kesan jangka pendek dan panjang terhadap keberkatan hidup rakyat,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) itu berkata kerajaan tidak boleh memberi alasan untuk menghalalkan keputusan tersebut yang disifatkan tidak akan diterima masyarakat.

“Walau apa pun hujahnya, (kadar kekecapan cabutan khas) judi tidak boleh dinaikkan,” katanya lagi.

Kerajaan baru-baru ini mengesahkan memberi izin kepada semua syarikat perjudian untuk melakukan 22 kali cabutan khas sepanjang tahun ini berbanding ketetapan dibuat Pakatan Harapan (PH) selepas gabungan itu menguasai Putrajaya pada 2018.

Asalnya cabutan khas itu memang diadakan 22 kali setahun namun dikurangkan kepada 11 kali pada 2019 dan hanya lapan kali pada 2020.

Terdahulu, seorang Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga MP Bachok, Nik Abduh Nik Abdul Aziz juga turut mengkritik keizinan yang diberikan Kementerian Kewangan itu.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
Pemanis tiruan berbahaya?
October 25, 2021
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
June 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok