Dunia iktiraf makanan haiwan ilham murid Tahun Lima dari Kuantan

September 26, 2021 · Isu semasa

Maryam Muzamir, murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, Kuantan, tidak menyangka akan mengharumkan nama negara pada peringkat dunia seawal usia 11 tahun.

Bersaing dengan 600 peserta dari 70 negara, termasuk dari negara maju, ‘Yam’ meraih tiga pingat emas pada Pertandingan Ciptaan, Inovasi Antarabangsa Keenam (iCAN) 2021 di Toronto, Kanada bulan lalu.

Apa yang membuatkan beliau berjaya menjadi peserta termuda memenangi anugerah global sempena kempen perubahan iklam dunia mengalahkan semua peserta dunia itu?

Di negara kita terdapat banyak kulit udang dan siput sedut yang setiap hari dibuang begitu sahaja. Namun, Maryam memperoleh ilham mengumpul semua sisa itu, merumuskannya menjadi makanan haiwan dan menamakannya YAM 2.0.

Kini, YAM 2.0 bukan sahaja dikenali di Malaysia sebagai produk makanan haiwan, malah namanya mengundang populariti apabila Yam merangkul Pingat Emas iCAN 2021, Anugerah Khas Kanada, dan Anugerah Pereka Muda Terbaik iCAN 2021.

Kejayaan Yam juga mendapat ucapan tahniah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, serta rakyat Malaysia.

Yam banyak mendapat galakan daripada bapanya Pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof Madya Dr Muzamir Hasan dan ibunya Noor Nazihah Ma’amor.

Contohnya, Yam meraih kejayaan sejak di Tahun Empat dan sudah memenangi tiga emas dalam pertandingan inovasi dan rekacipta peringkat kebangsaan hasil kesungguhannya.

Inovasi YAM 2.0 diketengahkan pada anugerah iCAN 2021 bermula apabila dia melihat banyak bahan buangan dari restoran yang terdiri daripada cengkerang dan kulit makanan laut.

Maryam yang mempunyai minat untuk mengkaji dan banyak melihat di Youtube kemudiannya merancang inovasi dengan mencipta ramuan sendiri daripada bahan buangan itu kepada makanan haiwan kos rendah sehingga usahanya membuahkan hasil.

Rekaan tersebut secara tidak langsung boleh mengawal harga makanan pembekal untuk haiwan ternakan.

Kejayaan Yam mengundang ulasan dalam rancangan bual bicara ‘The Late Late Show with James Corden’. Dalam episod yang disiarkan pada 23 September dan difokuskan kepada isu perubahan iklim dan kelestarian, James Corden, memuji Maryam dan memuat naik klip dari episod tersebut di Twitter.

Klip itu menjadi viral dengan lebih daripada 752,800 tontonan dan lebih daripada 20,800 ciapan semula.

Dimulakan dengan Corden yang memperingati usia muda Maryam dan memuji penemuannya.

“Maryam Muzamir – gadis muda berusia 11 tahun dari Malaysia. Dia mendapati penggunaan sisa makanan biasa … makanan laut, kerang dan dia mengubah cengkerang itu menjadi makanan ternakan baru yang sihat dan lestari. Dia berumur 11 tahun! Ya, di Malaysia,” kata Corden ketika penonton studio mula bertepuk tangan.

Corden kemudian mengetengahkan lebih lanjut bagaimana Maryam telah memenangi tiga anugerah antarabangsa.

Diilhamkan oleh aktivis iklim muda Greta Thunberg, Maryam ingin menyelesaikan masalah 15,000 tan sisa makanan yang dilaporkan dihasilkan di seluruh negara setiap hari.

Idea itu datang daripada salah satu lawatan keluarganya ke restoran makanan laut tepi pantai. Maryam melihat betapa banyak sisa yang dihasilkan dari restoran-restoran ini, khususnya jumlah cengkerang yang dibuang.

Setelah membaca sebuah artikel yang mengatakan bahawa kerang mengandung sebatian Chitin, dan manfaatnya terhadap ternakan, Yam mula mengusahakan inovasi mengejutkan itu, hingga akhirnya menjadikan YAM 2.0 terkenal sebagai produk makanan haiwan.

Selain itu, kesungguhan yang ada pada Maryam dalam mengkaji dan berusaha untuk menghasilkan rekaannya adalah sesuatu yang sangat dipuji.

Maryam banyak merujuk kepada internet untuk mencari maklumat sekali gus menunjukkan bahawa masa sekiranya digunakan dengan sebaik akan menghasilkan kejayaan.

Di sebalik kejayaan Maryam, dapat kita simpulkan bahawa berkat kesungguhan dan ketabahan dalam melakukan sesuatu perkara pastinya akan mendatangkan kejayaan. Di samping itu, peranan keluarga terutama ibu bapa adalah faktor terbesar kejayaan bagi seseorang individu.

Kesimpulannya, kejayaan Yam menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sebenarnya berbakat dan kita perlu bangga menjadi sebahagian daripada warga negara ini.

Bakat remaja mengubah suai motosikal keluaran Jepun sehingga menambah kelajuannya juga perlu dipuji. Tetapi mereka harus dikenakan tindakan jika menyalahgunakannya dengan lumba haram.

Berita berkaitan
10 maut, 15 cedera ditikam
September 5, 2022· Dunia
58 kes cacar monyet baharu disahkan di Kanada, Perancis rekod 51 kes
June 4, 2022· Dunia
Jangkitan cacar monyet di Sepanyol, Kanada meningkat
May 27, 2022· Dunia
Kanada haramkan Huawei dan ZTE daripada rangkaian 5G
May 20, 2022· Dunia
Popular
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
Hutang 1MDB dicipta era Najib yang sudah dibayar sebanyak RM43.8 bilion
March 14, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
2 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok