Jangkitan cacar monyet di Sepanyol, Kanada meningkat

May 27, 2022 · Dunia

Jumlah kes cacar monyet yang disahkan di Sepanyol meningkat kepada 84 kes pada Khamis selepas Kementerian Kesihatan negara itu melaporkan 25 lagi kes baharu dikesan.

Kementerian berkata individu yang dijangkiti semuanya mengalami “gejala ringan” dan kini diasingkan di rumah mereka selaras dengan protokol yang ditetapkan.

Majoriti kes dilaporkan dikesan di wilayah Madrid, tetapi kes lain juga disahkan di Kepulauan Canary, Wilayah Basque dan Andalusia, lapor agensi berita Xinhua.

Menteri Kesihatan Carolina Darias berkata Sepanyol akan membeli vaksin monkeypox dan rawatan anti-virus sebagai sebahagian daripada pembelian bersama dengan Kesatuan Eropah (EU).

Sementara itu, Agensi Kesihatan Awam Kanada (PHAC) pada Khamis mengesahkan 10 lagi kes cacar monyet dikesan di Kanada.

PHAC berkata dalam satu kenyataan melaporkan jumlah itu adalah tambahan kepada 16 kes yang dilaporkan sebelum ini di Quebec. Kini terdapat 26 kes disahkan di Kanada yang dibahagikan kepada 25 di Quebec dan satu di Ontario.

Menurut kenyataan itu, kemungkinan kes tambahan akan dilaporkan dalam beberapa hari akan datang kerana Makmal Mikrobiologi Kebangsaan PHAC terus menerima sampelujian pengesahan daripada pelbagai bidang kuasa.

Amerika Syarikat juga mengesahkan sembilan kes cacar monyet di tujuh negeri, kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS pada Khamis.

Sembilan kes itu dikenal pasti di California, Florida, Massachusetts, New York, Utah, Virginia dan negeri Washington.

Terdapat sembilan kes mempunyai sejarah perjalanan antarabangsa baru-baru ini ke kawasan yang dikesan merebak wabak cacar monyet.

Kes cacar monyet melibatkan jangkitan manusia dilaporkan baru-baru ini sudah dikesan di lebih 20 negara seluruh dunia.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar sahkan akan hadir ke sidang APEC walaupun digesa boikot
November 7, 2023· Isu semasa
PAS anjur perhimpunan hujung minggu ini tak larang laungan takbir: Laporan
October 23, 2023· Politik
Tiada liputan PMX berlepas ke UAE oleh media arus perdana?
October 5, 2023· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok