58 kes cacar monyet baharu disahkan di Kanada, Perancis rekod 51 kes

June 4, 2022 · Dunia

Kanada mengesahkan 58 kes jangkitan membabitkan wabak cacar monyet setakat ini, kata Ketua Pegawai Kesihatan Awam negara itu Theresa Tam pada Jumaat.

Bercakap kepada pemberita pada sesi taklimat kesihatan, Tam berkata kes yang disahkan di seluruh negara, termasuk 52 kes dikesan di Quebec, lima di Ontario dan satu dari Alberta, lapor Xinhua, menurut laporan Bernama.

“Risiko pendedahan kepada wabak cacar monyet “tidak eksklusif kepada mana-mana kumpulan atau persekitaran”, katanya sambil memberi amaran sesiapa sahaja boleh dijangkiti dan menyebarkan virus itu jika berhubung rapat dengan individu dijangkiti atau objek tercemar.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 550 kes cacar monyet dilaporkan dari 30 negara di seluruh dunia, kata Tam.

Cacar monyet adalah jangkitan zoonosis silvatik yang bermaksud boleh berangkit daripada haiwan kepada manusia dan wabak ini biasanya merebak di bahagian hutan di Afrika Tengah dan Barat.

Ia disebabkan virus cacar monyet yang tergolong dalam keluarga orthopoxvirus, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Sementara itu, di PARIS — jumlah kes cacar monyet di Perancis telah melepasi 50, dengan lebih daripada 20 rakyatnya telah melancong ke luar negara sebelum menunjukkan simptom jangkitan, lapor Sputnik memetik kenyataan agensi kesihatan awam Perancis, Sante Publique.

“Sehingga 3 Jun 2022, 51 kes cacar monyet telah dilaporkan di Perancis,” menurut Sante Publique dalam kemas kini terbaharunya.

Semua kes membabitkan golongan lelaki berumur antara 22 hingga 63 tahun dan tiada kematian berkaitan cacar monyet dilaporkan setakat ini.

Berita berkaitan
Zambry kata lawatan sulung ke Perancis satu kejayaan, kukuhkan hubungan
June 3, 2023· Isu semasa
WHO pantau subvarian baharu Covid-19 lebih menjangkiti
April 13, 2023· Dunia
Shahidan minta MP Amanah tak berkelakuan seperti kera dalam hutan
March 1, 2023· Politik
Tiga tahun berlalu tapi Covid-19 masih kekal kecemasan global
January 31, 2023· Dunia
Popular
Jeddah banjir besar selepas 13 tahun
November 24, 2022
Suri rumah mengaku zina kena 100 sebatan, pasangan hanya 15 kali
January 14, 2022
Ahli arkeologi Mesir temukan kota kuno terbesar zaman Firaun
April 10, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
8 minit lalu
[VIDEO] Ucapan Mahathir di Grand Finale PRK Kemaman
57 minit lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok