
Kanada akan mengharamkan syarikat gergasi telekomunikasi China Huawei dan ZTE daripada rangkaian tanpa wayarnya, 5G kerana kebimbangan keselamatan negara, lapor AFP.
Langkah yang sudah lama ditunggu-tunggu itu menyusuli Amerika Syarikat dan sekutu utama lain, ia ekoran susulan pertikaian diplomatik antara Ottawa dan Beijing berhubung penahanan seorang eksekutif kanan Huawei atas waran AS, yang kini sudah diselesaikan.
Amerika Syarikat telah memberi amaran berhubung implikasi keselamatan jika syarikat teknologi China diberikan akses kepada infrastruktur telekomunikasi yang boleh digunakan untuk pengintipan negara.
Kedua-dua syarikat tersebut sebelum ini menafikan dakwaan tersebut, malahan Beijing memberi amaran terhadap kesan bakaldihadapi negara yang meletakkan sekatan kepada penyedia peralatan telekomunikasi.
Syarikat itu tidak segera menjawab permintaan AFP untuk mengulas mengenai langkah pengharaman yang diumumkan Kanada itu.
Menteri Industri Kanada Francois-Philippe Champagne dan Menteri Keselamatan Awam Marco Mendicino membuat pengumuman itu pada sidang akhbar.
“Hari ini, kami mengumumkan hasrat kami untuk melarang kemasukan produk dan perkhidmatan Huawei dan ZTE dalam sistem telekomunikasi Kanada,” kata Champagne.
“Ini berikutan semakan penuh oleh agensi keselamatan kami dan berunding dengan sekutu terdekat kami.”
Kanada sudah membuat kajian melibatkan teknologi 5G dan akses rangkaian selama beberapa tahun, malah beberapa kali keputusan itu ditangguhkan sejak 2019.
Dalam pada itu, sehingga kini tidak diketahui status dua warga Kanada diplomat Michael Kovrig dan ahli perniagaan Michael Spavor kini ditahan pihak berkuasa China.
Terdahulu, ketua pegawai kewangan Huawei Meng Wangzhou juga ditahan pada Disember 2018 di Vancouver atas permintaan Amerika Syarikat.
Ketiga-tiga mereka dibebaskan pada September 2021 selepas Meng mencapai kesepakatan dengan pendakwa raya AS atastuduhan penipuan dan menamatkan perjuangan ekstradisinya.
Champagne berkata syarikat telekomunikasi Kanada “tidak akan dibenarkan untuk memasukkan produk atau perkhidmatan rangkaian mereka yang membahayakan keselamatan negara kita.”
“Pembekal yang memasang peralatan ini akan dikehendaki menghentikan penggunaannya dan mengeluarkannya,” katanya.