Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis

April 6, 2021 · Isu semasa

Pelik tetapi benar! Itulah yang didedahkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman mengenai kegilaan sesetengah pihak yang mahu berpesta sepuas-puasnya dalam parti liar, dengan menghasilkan dadah daripada cendawan tahi lembu.

Perbuatan menghasilkan dadah dengan cara kotor dan jijik daripada cendawan yang tumbuh pada najis lembu bagaimanapun dapat dikesan pihak polis yang melakukan beberapa serbuan.

Cendawan jenis ini dikenali dalam kalangan spesies panaeolus cyanescens, yang antara lain bukan sahaja boleh menyebabkan halusinasi, tetapi juga merosakkan kesihatan, membawa kepada gangguan mental, dan kesan negatif lain.

Memetik laporan Bernama, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Deputi Komisioner Zainudin Ahmad, mendedahkan kebanyakan dadah itu adalah dalam bentuk cecair.

Katanya, dadah yang dihasilkan daripada cendawan najis lembu itu dicampurkan ke dalam minuman ketika penganjuran pesta liar atau di pusat hiburan.

“Najis lembu akan mengeluarkan cendawan dan akan diproses…dadah jenis ini akan membuat mereka yang mengambilnya berhalusinasi.

“Mereka yang mengambil dadah jenis ini akan positif ujian air kencing,” katanya selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV di Kuala Lumpur, malam tadi.

Zainudin berkata, walaupun penggunaan dadah itu masih sedikit dan kurang popular di pasaran tempatan namun pihaknya sentiasa berwaspada dengan permintaan dadah masa kini.

Beliau berkata, dadah jenis ganja, syabu dan heroin masih mendapat permintaan tinggi.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok