Larutan disinfeksi untuk nyahkuman, tidak sesuai ke atas manusia

September 25, 2021 · Isu semasa

Sejak dunia dilanda virus Covid-19, pelbagai produk dijual di pasaran bagai memerangi wabak ini. Antara produk yang laris dijual seperti hand sanitizer, cecair pembasmi kuman, pelitup muka dan sebagainya.

Baru-baru ini, timbul pula keperluan penggunaan penyembur sanitizer atau penyembur nano bagi mengurangkan risiko jangkitan virus. Ia disembur pada permukaan tertentu dan badan.

Alat ini dilihat menjadi trend kepada masyarakat dengan dijual dalam pelbagai saiz, warna dan jenama. Namun, adakah benar penyembur nano ini dapat membasmi kuman terutama virus Covid-19 seperti yang didakwa?

Dalam konteks ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil berat isu yang dibangkitkan berkaitan keselamatan dan keberkesanan penggunaan nano mist spray sebagai alat disinfeksi.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, nano mist spray ialah  alat penyembur yang boleh menghasilkan titisan halus bersaiz nano.

“Alat ini dihasilkan untuk pelbagai tujuan termasuk kosmetik, wangian dan pelbagai kegunaan domestik serta industri, bergantung kepada spesifikasi alat dan jenis cecair yang digunakan. Alat ini terdapat dalam pelbagai bentuk dari saiz kecil untuk penggunaan persendirian seperti spray gun, handheld spray sehingga saiz yang lebih besar untuk kegunaan industri.

“Mutakhir ini, nano mist spray mula mendapat perhatian umum untuk digunakan sebagai alat disinfeksi bagi mengekang penularan COVID-19. Ramai beranggapan penggunaan alat ini berupaya menghapuskan virus di udara (airborne) dan juga di permukaan.

“Walau bagaimanapun, keberkesanan penggunaan nano mist spray untuk disinfeksi bergantung kepada keupayaan alat tersebut untuk menghasilkan semburan yang sekata pada permukaan, jenis dan kepekatan larutan disinfeksi yang digunakan, serta tempoh masa pendedahan,” jelas beliau.

Secara umumnya pada masa ini, beberapa larutan disinfeksi sedia ada seperti larutan yang mengandungi alkohol 70 hingga 90 peratus , hydrogen peroxide, thymol, quarternary ammonia, dan juga larutan berasaskan klorin berkesan bagi membunuh virus SARS-CoV-2 di permukaan.

Tambah beliau, senarai larutan disinfeksi yang berkesan untuk SARS-CoV-2 boleh diperolehi dalam laman sesawang US Environmental Protection Agency https://www.epa.gov/coronavirus/about-list-n-disinfectants-coronavirus-covid-19-0 yang menjadi rujukan seluruh dunia.

“Ingin dijelaskan, larutan disinfeksi yang dinyatakan ini adalah bertujuan untuk nyahkuman di permukaan persekitaran dan tidak sesuai digunakan secara langsung ke atas manusia. Ini adalah kerana, sesetengah larutan disinfeksi ini boleh menyebabkan iritasi pada mata, kulit, saluran pernafasan dan juga sistem pencernaan.

“KKM ingin menegaskan, penyemburan disinfeksi melalui nano mist tidak menggantikan keperluan disinfeksi permukaan secara manual,” ujarnya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Kos umrah meningkat, apa puncanya?
February 15, 2023
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
14 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok