80 peratus populasi dewasa lengkap divaksin, umum PM

September 21, 2021 · Isu semasa

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan 24 Februari lalu mencapai sasaran awal apabila 80 peratus populasi dewasa di Malaysia melengkapkan suntikan vaksin masing-masing hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pencapaian itu menerusi laman Facebook dan Twitter beliau sambil mengajak rakyat Malaysia terus berusaha memerangi pandemik Covid-19.

“Tahniah! Malaysia mencapai 80 peratus populasi dewasa negara telah lengkap vaksinasi. Teruskan usaha kita perangi Covid-19,” katanya yang turut menyertakan tanda pagar #LindungDiriLindungSemua.

Di Facebook rasminya pula, Perdana Menteri menyifatkan kejayaan itu adalah hasil pengorbanan petugas barisan hadapan dan sokongan seluruh Keluarga Malaysia.

Hasil pengorbanan para petugas barisan hadapan dan sokongan jitu seluruh Keluarga Malaysia dalam mendapatkan vaksin, tidak mengira tua atau muda, baik yang di kota, juga yang di desa, kadar vaksinasi (dewasa) negara akhirnya telah mencapai 80 peratus populasi.

“Tahniah, ini adalah kejayaan kita semua!” katanya.

Sementara itu Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang turut berkongsi perkara sama menerusi ciapan di Twitter rasminya berkata sasaran berkenaan dicapai pada jam 1 tengah hari ini.

“Pada pukul 1 tengah hari ini, Malaysia telah mencapai sasaran 80 peratus penduduk dewasa lengkap menerima vaksin.

“Walaupun sasaran awal adalah 80 peratus populasi dewasa, sekarang @JKJAVMY (Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19) akan berusaha untuk menjejaki 20 peratus lagi yang belum atau enggan divaksinasi,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Kod berpakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan diteliti: Ramkarpal
July 1, 2023
Kes bunuh diri meningkat petanda rakyat semakin terdesak?
June 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok