Ringgit merosot berbanding dolar AS pagi ini

September 20, 2021 · Isu semasa

Susulan tindakan kebanyakan peniaga menantikan keputusan mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dan Bank of England (BoE) untuk memutuskan tindakan mereka yang seterusnya, nilai ringgitmerosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka pagi ini.

Memetik laporan Bernama, pada jam 9 pagi, unit tempatan itu turun 135 mata asas kepada 4.1835/1885 daripada 4.1700/1730 pada penutupan urus niaga Jumaat minggu lalu.

Ketua Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata tumpuan akan diberikan kepada program pembelian aset oleh Persekutuan AS untuk melihat sama ada Persekutuan AS akan mengumumkan rancangan mengurangkan saiz pembelian bulanannya yang pada masa ini berjumlah AS$120 bilion.

“Selain itu, pasaran akan turut memantau unjuran ekonomi terkini Persekutuan AS untuk memastikan sama ada terdapat sebarang peningkatan dalam penilaian berbanding bulan Jun,” katanya.

Beliau menambah pada mesyuarat bulan Jun, Persekutuan AS telah menyemak secara menaik unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS daripada 6.5 peratus kepada tujuh peratus untuk tahun 2021.

“Pada masa sama, Persekutuan AS turut menaikkan unjuran inflasi daripada 2.4 peratus kepada 3.4 peratus,” katanya.

Justeru, Mohd Afzanizam menjangkakan ringgit akan lebih kepada pergerakan lemah hari ini.

Berbanding kumpulan mata wang utama yang lain, ringgit dibuka kebanyakan tinggi kecuali berbanding yen Jepun yang menyaksikan unit tempatan susut kepada 3.8025/8074 daripada 3.7913/7943 pada penutupan Jumaat.

Ringgit mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.7419/7487 daripada 5.7483/7525 minggu lepas, lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0982/1021 daripada 3.0985/1010 dan meningkat kepada 4.9043/9102 berbanding euro daripada 4.9135/9170 sebelumnya.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Kos umrah meningkat, apa puncanya?
February 15, 2023
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
14 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok