Masalah paparan sijil vaksin dalam MySejahtera dikenalpasti: KJ

September 19, 2021 · Isu semasa

Masalah teknikal paparan sijil vaksin digital di dalam aplikasi MySejahtera sudah dikenalpasti dan hampir 500,000 aduan sudah berjaya diselesaikan, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menteri Kesihatan itu berkata beberapa punca dikenalpasti kepada masalah tersebut dan akan terus memastikan aplikasi itu mengemas kini maklumat penerima vaksin dos pertama atau dos kedua sebelum ini.

“Sebanyak 95,347 aduan tersebut berpunca daripada status penerima vaksin sebagai tanggungan, menyebabkan sijil vaksin digital individu tersebut terikat dengan pemilik akaun MySejahtera,” katanya.

Khairy terdahulu mengadakan lawatan kerja ke Kedah di Wisma Darul Aman hari ini.

Beliau berkata untuk masalah tersebut, pemilik akaun perlu mengeluarkan akaun tanggungan bagi membolehkan tanggungan mendaftar akaun MySejahtera miliknya sendiri.

Khairy berkata punca lain yang dikenal pasti ialah pemilik akaun MySejahtera tidak mengesahkan nombor kad pengenalan di dalam aplikasi tersebut.

Beliau berkata untuk menyelesaikan masalah itu pengguna perlu mengesahkan nama dan nombor kad pengenalan mereka di bahagian Vaksin Covid-19 dan lengkapkan soalan-soalan berkaitan maklumat sendiri.

“(Masalah lain) ialah pengguna mempunyai lebih daripada satu akaun MySejahtera dan sijil digital vaksin hanya akan dipaparkan dalam akaun MySejahtera yang digunakan ketika menerima vaksin di pusat pemberian vaksin (PPV),” katanya.

Selain itu, katanya, sebanyak 71,408 aduan mengenai ketiadaan paparan sijil digital vaksin didapati berpunca daripada PPV yang tidak melengkapkan proses dokumentasi setelah individu selesai menerima suntikan vaksin.

Katanya bagi isu tersebut, MySejahtera sedang membuat penyelarasan dengan PPV yang terlibat untuk memastikan pengguna akan menerima paparan sijil digital vaksin di dalam MySejahtera.

“Saya juga ingin mengingatkan para petugas PPV supaya semak dan pastikan setiap penerima vaksin telah menerima sijil vaksin digital di dalam aplikasi MySejahtera sebelum mereka meninggalkan PPV.

“Selain itu, terdapat juga aduan daripada individu yang menerima vaksin di PPV yang bukan dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ProtectHealth Corporation (Protect Health). Masalah ini berlaku kerana PPV berkenaan tidak menggunakan sistem MySejahtera,” katanya.

Sementara itu, Khairy berkata bagi mengatasi sebarang kesulitan disebabkan ketiadaan paparan sijil digital, individu yang telah menerima vaksinasi lengkap boleh menggunakan kad vaksinasi fizikal untuk memanfaatkan kemudahan yang diberikan kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.

Katanya kad vaksinasi fizikal itu merupakan kad bercetak yang ditulis oleh petugas kesihatan semasa individu mendapatkan suntikan di PPV.

“Jadi saya meminta agar semua premis menerima kad fizikal ini jika individu yang sudah lengkap divaksin tiada paparan sijil vaksin digital,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok