Kemasukan pekerja asing, pembantu rumah dihentikan hingga 31 Dis

September 19, 2021 · Isu semasa

Kerajaan menghentikan kemasukan pekerja asing dan pembantu rumah sehingga 31 Disember ini susulan sejak pelaksanaan Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac 2020 susulan pandemik Covid-19.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata Agensi Pekerjaan Swasta yang berdaftar dan diberikan lesen digesa berhenti membuat kenyataan atau pengiklanan yang mengelirukan majikan berhubung kemasukan pembantu rumah asing dari negara sumber.

Jelasnya, umum mengetahui majoriti pembantu rumah asing di negara ini adalah dari Indonesia dan ketika ini KSM masih di peringkat rundingan bersama pihak Indonesia bagi memuktamadkan Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai pengambilan Perkhidmatan Domestik Indonesia (PDI) yang telah tamat pada 30 Mei 2016.

Beliau berkata sehingga Ogos 2021, terdapat seramai 92, 481 pembantu rumah asing di negara ini dan daripada jumlah ini 64,181 adalah pengambilan PDI.

“Saya ingin mengingatkan para majikan bahawa tiada kemasukan pekerja asing ke negara ini termasuk pembantu rumah asing dari negara-negara sumber sejak pelaksanaan Pergerakan Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 susulan pandemik Covid-19.

“Lanjutan itu, kerajaan memutuskan bahawa tiada kemasukan bagi kedua-dua kategori pekerja asing tersebut sehingga 31 Dis 2021,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut beliau sebarang keputusan untuk membawa masuk pekerja asing termasuk pembantu rumah asing akan diumumkan oleh kerajaan secara rasmi selepas perbincangan antara Majlis Keselamatan Negara (MKN), KSM, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan dan kementerian lain yang berkaitan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Kesunyian punca jadi pembuli siber
September 9, 2022
Kenapa Anwar marah selepas pendedahan syarikat ‘scam’ mahu derma vaksin?
May 20, 2021
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
14 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok