Warisan tolak MoU, Shafie bidas PH bekerjasama dengan ‘pencuri’

September 15, 2021 · Politik

Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal membidas langkah blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama kerajaan dengan menyifatkannya sebagai tidak wajar sama sekali.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata langkah tersebut tidak ada bezanya dengan Langkah Sheraton yang berlaku sebelum ini apabila mandat rakyat dicuri tetapi PH kini boleh pula sanggup bekerjasama dengan pihak terbabit terbabit dalam pencurian tersebut.

“Kita kuasa yang ada, diberi mandat oleh rakyat. Dirompak (stolen) mandat itu. Ya, kita akui betul. Kami bersetuju. Namun sekarang kita kerjasama dengan mereka. Kita menandatangani memorandum dengan mereka.

“Kita tidak sedar hal itu. Di mana nilai dalam hidup kita? Saya tidak mahu pada akhirnya, jika kerajaan sekarang gagal dan oleh sebab saya telah menandatangani memorndum itu, saya juga (akan turut sama dianggap) gagal,” katanya ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini.

Shafie menjelaskan tidak menolak perpaduan negara dan kestabilan politik, bagaimanapun mempertikaikan niat sebenar langkah menandatangani MoU tersebut yang dianggap hanya sekadar mahu mendapatkan majoriti untuk mengekalkan penguasaan kerajaan.

“Kami bermain dengan angka untuk nyawa manusia di negara ini,” kata Shafie.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan agar undang-undang antilompat parti mengenakan hukuman terhadap ahli parlimen telah “melompat”, seperti digantung bertanding dalam pilihan raya dengan sejumlah syarat.

“Atau digantung seumur hidup sehingga mereka tidak dapat bertanding dalam politik lagi, kerana mereka telah memberikan contoh buruk kepada rakyat negara ini,” katanya.

Blok pembangkang, PH dan kerajaan menandatangani MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang berlangsung di Parlimen pada Isnin.

MoU berkenaan yang membentuk satu kerjasama ‘dwipartisan’ dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia, mempunyai enam agenda merangkumi pemerkasaan pelan Covid-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu.

Untuk rekod, tawaran kerjasama tersebut sebelum ini pernah dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum meletak jawatan tetapi ditolak mentah-mentah pembangkang.

Hanya dengan kerajaan baharu diterajui UMNO sahaja Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tunduk dan menerima tawaran MoU tersebut, begitu takut beliau kepada UMNO sehingga mengadaikan prinsip perjuangannya sebelum ini.

Berita berkaitan
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
Popular
Ketua UMNO Bahagian Kluang nafi jumpa Anwar bincang PRN Johor
January 15, 2022
Sulaiman nafi akan letak jawatan KM Melaka, Rauf hanya memangku
December 26, 2022
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024
Ku Li namakan dirinya juga calon PM selain Zahid
April 2, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok