Siasatan kes Ebit Liew masih berjalan, kata PDRM

September 13, 2021 · Isu semasa

Siasatan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah popular Ustaz Ebit Lew masih berjalan, kata Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pihak berkuasa masih dalam proses mengumpul bukti berhubung siasatan yang dijalankan terhadap pendakwah tersebut, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan.

“Kita sedang kumpul bukti bagi melengkapkan kertas siasatan.

“Selain itu, kita minta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis,” katanya dipetik portal Utusan Online.

Pada Ogos lalu, siasatan terhadap pendakwah terkenal, Ebit Lew dilakukan selepas polis menerima laporan daripada beberapa individu yang mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.

Bertindak atas laporan itu polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ebit, 37, dipanggil polis pada 19 Ogos lalu untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan seksual yang dikaitkan dengan Ebit.

Bagaimanapun, Ebit ketika ditemui media sebaik sahaja selesai memberi keterangan mendakwa dakwaan tersebut berunsur fitnah ke atas dirinya.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Rakyat tertekan berdepan peningkatan kos sara hidup
July 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok