Tempat duduk Ku Li dalam Dewan Rakyat bersama blok pembangkang

September 13, 2021 · Isu semasa

Ahli Parlimen (MP) Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berpindah tempat duduk ke blok pembangkang atau blok E dalam pelan kedudukan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 yang mula bersidang hari ini.

Tempat duduk beliau adalah di sebelah MP Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bersama MP Bebas, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan DAP.

Julai lalu, Tengku Razaleigh atau mesra dengan panggilan Ku Li memohon supaya tempat duduk beliau dalam Dewan Rakyat diletakkan berhampiran blok Bebas.

Dalam surat bertarikh 26 Julai kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun, Ku Li memberi alasan memohon pertukaran tempat duduk kerana beliau tidak menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika itu.

Sebelum memohon berpindah tempat, kedudukan Ku Li diletakkan bersama MP UMNO lain di blok Kerajaan PN.

Bagaimanapun, tidak pasti sama ada Ku Li juga tidak menyokong kerajaan baharu pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana tempat duduk baharunya mulai hari ini adalah bersama dengan blok pembangkang.

Tempat duduk dalam Parlimen kali ini turut menyaksikan perubahan susulan pembentukan kerajaan dengan menyaksikan beberapa MP dilantik menjadi Menteri dan Timbalan Menteri.

Turut berpindah tempat duduk, beberapa Ahli Parlimen yang kini menjawat jawatan sebagai Menteri dan Timbalan Menteri, antaranya Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar; Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Kedudukan blok menteri juga menyaksikan penyertaan seorang wakil senator iaitu Senator Idris Ahmad yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menggantikan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang juga Ahli Parlimen Pagoh duduk bersebelahan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan sebaris dengan kerusi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ahmad Zahid adalah Ahli Parlimen Bagan Datuk sementara Najib adalah Ahli Parlimen Pekan.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
June 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok