Elaun khas disalur kerajaan kepada barisan hadapan RM941.43 juta

September 10, 2021 · Isu semasa

Setakat 27 Ogos 2021, elaun khas yang disalurkan kerajaan kepada barisan hadapan sepanjang berdepan krisis kesihatan Covid-19 adalah sebanyak RM941.43 juta, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Tengku Zafrul berkata elaun khas yang diperkenalkan sejak pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) itu merangkumi 2,580,713 tuntutan kepada barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pembendungan pandemik.

“Selain doktor, jururawat dan kakitangan perubatan lain, elaun ini turut dipanjangkan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang terbabit secara langsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dipetik dalam laporan sebuah portal.

Terdahulu, Tengku Zafrul membentangkan Laporan Agensi Pelaksanaan Ekonomi Dan Koordinasi Strategik Nasional (LAKSANA) Ke-67.

Sementara itu, beliau turut berkata kementeriannya satu Kertas Konsultasi Awam (KKA) diterbitkan bagi menambahbaik ketelusan dan keterangkuman di dalam proses penyediaan belanjawan tahunan dan juga sebagai pelengkap kepada Kenyataan Pra-Bajet 2022 yang diterbitkan pada 31 Ogos 2021.

Beliau berkata, empat bentuk KKA yang berbeza akan diterbitkan bagi mendapatkan maklum balas serta input kepada perancangan Belanjawan 2022.

Ia, katanya merangkumi penambahbaikan dasar perolehan kerajaan berkaitan barangan atau perkhidmatan tempatan dan Bumiputera yang akan menggariskan perlindungan dan pembangunan industri tempatan serta mengurangkan kebergantungan kepada barangan import.

“Selain itu KKA akan menerbitkan penambahbaikan Program Bantuan Tunai kepada rakyat, terutama dalam situasi yang mencabar akibat penularan COVID-19 serta Kajian Insentif Cukai, bagi memastikan insentif cukai kepada pelabur kekal relevan dengan landskap semasa perniagaan, meningkatkan daya saing negara dalam menarik pelaburan berkualiti, seterusnya menjana pertumbuhan ekonomi, penciptaan pekerjaan dan penambahbaikan kedudukan fiskal negara,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, KKA keempat adalah penggubalan Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) bagi meningkatkan tadbir urus, ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan fiskal negara, termasuk pengurusan hasil, perbelanjaan, hutang, risiko fiskal, serta pelaporan tertentu dalam bentuk pra-bajet dan pasca bajet, unjuran kedudukan ekonomi dan Rangka Kerja Fiskal Jangka Sederhana.

“Penerbitan KKA buat pertama kali dalam sejarah pembentangan belanjawan negara ini bertujuan menyediakan lebih banyak peluang kepada semua pihak berkepentingan memberi maklum balas masing-masing ke arah perangkaan sebuah belanjawan yang memenuhi keperluan rakyat, serta selaras dengan dasar dan objektif negara.

“Layari https://budget.mof.gov.my/ms/ untuk mengemukakan sebarang soalan atau mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Kod berpakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan diteliti: Ramkarpal
July 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok