Lima tema MPN rangka proses pemulihan negara: Muhyiddin

September 9, 2021 · Isu semasa

Majlis Pemulihan Negara (MPN) menetapkan lima tema utama dalam merangka proses pemulihan daripada pandemik Covid-19 dan kesannya ke atas masyarakat serta negara.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata MPN juga perlu melihat tahap kesejahteraan emosi individu, mereka yang dijangkiti Covid-19 dan pihak yang mengalami kerugian teruk.

“Tema-tema yang digariskan ini sudah tentu tidak begitu terperinci, sebab itu saya ingin menjemput para pemimpin industri, penggerak masyarakat sivil, ahli politik, pemimpin masyarakat dan golongan muda untuk berkongsi idea, supaya kita sama-sama dapat merangka pemulihan yang sejajar dengan kepentingan negara.

“Di samping itu, cadangan dan input dasar pemulihan yang diterima melalui sesi libat urus dengan pemegang taruh akan juga dimasukkan ke dalam dasar-dasar pembangunan utama negara seperti Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penutup Sidang Kemuncak Pemulihan Negara anjuran Institut Strategik KSI bagi Asia Pasifik dan Kelab Ekonomi Kuala Lumpur secara maya hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu turut menggesa rakyat Malaysia bersatu hati dalam perang melawan Covid-19 dan membina semula negara tercinta.

“Kita perlu mengetepikan segala perbezaan dan mencari titik persamaan. Kita mesti bersama-sama menyelamatkan nyawa, ekonomi dan negara. Malaysia memerlukan anak watan untuk tampil mengembalikan kegemilangannya.

“Kita tidak mahu lagi polemik politik dan perpecahan mengganggu gugat usaha murni kita dalam memerangi pandemik dan membina semula ekonomi,” katanya.

Lima tema utama yang digariskan Muhyiddin adalah:

i) Memperkukuhkan sistem penjagaan kesihatan awam Malaysia dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan industri berkaitan untuk keluar dari pandemik ke tahap endemik dan bersedia dengan kemungkinan berhadapan pandemik baharu pada masa depan.

ii) Mengenal pasti sektor-sektor ekonomi yang memerlukan perhatian utama.

“Kita perlu membantu sektor-sektor ini untuk kembali beroperasi dengan tumpuan kepada pelancongan, pendidikan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam jangka masa pendek dan sederhana. Pada masa yang sama, kita perlu mengenal pasti dan memberi insentif yang sesuai untuk perniagaan yang berpotensi mencatat pertumbuhan dalam jangka masa sederhana dan panjang.

“Kita juga mesti memperkukuhkan sektor-sektor strategik utama yang menjadi bahagian penting dalam rantaian bekalan global. Ini akan secara langsung meningkatkan daya saing negara secara keseluruhan dan lebih penting lagi, peluang pekerjaan dapat diwujudkan untuk rakyat Malaysia terutamanya golongan muda”.

iii) Mewujudkan ekosistem yang kondusif dan mampan untuk pertumbuhan inklusif yang akan merancakkan pemulihan.

“Ini termasuk strategi untuk pembangunan infrastruktur fizikal dan digital selain melonjakkan komitmen terhadap dasar-dasar alam sekitar, sosial dan tadbir urus. Ini akan membantu memperkuatkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelaburan kepada pelaburan langsung asing dan domestik”.

iv) Memperluaskan pelaksanaan digitalisasi dalam perniagaan dan perkhidmatan awam selain menyediakan infrastruktur perlu yang akan menggalakkan penggunaan teknologi digital.

Katanya, semua infrastruktur ini perlu sebagai persediaan menghadapi Era Digital dan membantu memudah cara urusan individu dan perniagaan beroperasi semasa pandemik.

v) Memastikan pertumbuhan yang dipupuk daripada proses pemulihan itu diagihkan secara saksama, bagi mengelakkan jurang pendapatan melebar dan memburukkan hubungan antara kaum di negara ini.

“Memandangkan pandemik ini telah memberi kesan yang buruk kepada kehidupan, jaringan keselamatan sosial perlu diperkukuhkan supaya kita dapat terus membina kehidupan, juga mengembalikan nilai dan maruah setiap rakyat Malaysia,”.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Pembebasan Muhyiddin: Komentar peguam yang diatur adalah songsang
October 6, 2023· Rencana
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
September 27, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tiga bersaudara lemas berkelah di Sungai Lata Changkah di Setiu
June 11, 2022
Fenomena gila berbelanja beri kesan psikologi
October 25, 2021
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok