Najib gagal gugurkan Gopal Sri Ram, kekal dalam pendakwaan 1MDB

September 8, 2021 · Isu semasa

Rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada sebahagian pasukan pendakwaan dalam kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sekali lagi gagal selepas permohonannya ditolak.

Keputusan menolak permohonan rayuan tersebut diputuskan Mahkamah Rayuan hari ini yang sebulat suara menolak rayuan Najib agar Sri Ram digugurkan sebagai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam perbicaraannya.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini dipengerusikan Datuk Yaacob Md Sam, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali.

Sri Ram mengetuai pasukan pendakwaan dalam beberapa perbicaraan berkaitan 1MDB terhadap Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, antaranya kes pindaan laporan audit 1MDB dan kes rasuah dana RM2.28 bilion.

Pada 28 Ogos tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh Najib dan peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagi menggugurkan Sri Ram selaku Kanan dalam kes masing-masing.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Mariana Yahya (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memutuskan pelantikan Sri Ram sebagai TPR Kanan oleh Peguam Negara (AG) ketika itu Tan Sri Tommy Thomas sebagai sah.

“Adalah jelas bahawa AG telah membuat pertimbangan yang teliti sebelum melantik Sri Ram sebagai TPR Kanan untuk mengetuai pendakwaan berkaitan skandal 1MDB berdasarkan pengalaman luas Sri Ram dalam bidang perundangan,” kata Mariana ketika menolak permohonan Najib dan Muhammad Shafee.

Pada Disember 2018, Najib memfailkan semakan kehakiman bagi mengetepikan Sri Ram sebagai TPR Kanan dalam kes berkaitan 1MDB membabitkan beliau.

Muhammad Shafee pula memfailkan semakan kehakiman bagi menggugurkan Sri Ram daripada kes pengubahan wang haram berjumlah RM9.5 juta yang dihadapinya.

Kedua-dua mereka juga memohon perintah mahkamah bagi membatalkan pelantikan Sri Ram atau menggugurkan beliau atas alasan surat lantikan itu tidak sah.

Mereka juga mahu pengisytiharan bahawa wujud konflik kepentingan dalam pelantikan Sri Ram dan memohon satu perintah untuk melarang beliau daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam semua kes mereka termasuk mengenai rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok