Covid-19: Penghuni madrasah jalani ujian setelah polis campur tangan

August 31, 2021 · Isu semasa

Seramai 34 penghuni sebuah madrasah di Kampung Sungai Kenerong, Dabong, dekat Kuala Krai, yang awalnya enggan menjalani ujian saringan Covid-19 beberapa hari lalu bersetuju berbuat demikian setelah campur tangan polis

Difahamkan, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) terpaksa meminta bantuan polis dan melalui perbincangan dengan ketua madrasah dan kesemua penghuni telah bersetuju untuk menjalani ujian saringan itu.

Pengarah JKNK Datuk Dr Zaini Hussin berkata mereka pada awalnya enggan menjalani saringan kerana merasakan tiada kaitan atau kontak rapat dengan kes Covid-19, yang meninggal dunia di Dabong pada 27 Ogos lepas.

Sebelum ini, media melaporkan seramai 34 penghuni madrasah berkenaan enggan menjalani ujian saringan malah pemiliknya tidak membenarkan proses itu berlangsung ketika pejabat kesihatan daerah ingin melakukan ujian saringan susulan terdapat kematian akibat Covid-19 membabitkan seorang penghuni di situ.

Memetik Bernama Dr Zaini menyeru seluruh penduduk Kelantan untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa terutama petugas JKNK dalam membendung penularan wabak itu.

“Majoriti kes Covid-19 adalah tidak bergejala serta boleh menjangkiti orang lain, maka ujian makmal yang dibuat boleh menentukan sama ada seseorang itu dijangkiti atau tidak dan ini (ujian saringan) amat penting untuk memastikan status seseorang (positif atau negatif).

“Penyiasatan yang cepat dan tepat daripada pihak JKNK memerlukan kerjasama orang ramai untuk mengekang penularan wabak ini,” katanya sambil menambah pematuhan SOP dalam kalangan penduduk juga amat penting bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Kelantan hari ini mencatatkan 1,479 kes baharu, meningkat berbanding 1,308 semalam. Sembilan kes kematian turut dilaporkan hari ini berbanding tujuh semalam.

Berita berkaitan
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
December 7, 2022
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Jelapang padi negara : Kedah ‘diarah’ jadi negeri miskin, dakwa Sanusi
May 21, 2023
Pengerusi PH Kelantan dilantik Pengerusi KADA baharu
June 6, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok