Ada pemimpin politik Malaysia dapat bantuan luar, kata bekas KP perisikan

August 29, 2021 · Politik

Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Leftenan Jeneral (B) Datuk Mohd Salleh Ismail mendedahkan ada pemimpin politik Malaysia yang menerima bantuan dan sokongan moral individu dan pertubuhan di luar negara, terutama Amerika Syarikat (AS) dalam meneruskan karier politik mereka.

Tanpa mendedahkan sama ada pemimpin politik terbabit menerima sokongan kewangan, beliau berkata intipan yang dilakukan mendapati pemimpin politik berkenaan turut melakukan pertemuan dengan individu berpengaruh di luar negara.

Memetik kenyataannya kepada Mingguan Malaysia beliau mendedahkan maklumat risikan menunjukkan pemimpin-pemimpin terbabit ‘sangat diminati’ oleh pihak luar, sekali gus mendapat bantuan fizikal serta sokongan untuk mereka meneruskan kelangsungan politik.

“Kita tahu tindakan-tindakan (pihak dari luar negara) menjurus kepada memberi bantuan kepada pihak-pihak tertentu (dalam negara). Kita tiada bukti bahawa bantuan itu diserah secara terus, tetapi maklumat yang kita terima, beberapa organisasi di AS, contohnya ada memainkan peranan.

“Kita dapat maklumat sesetengah pemimpin dalam negara ini, sangat diminati untuk meneruskan kedudukan dan kekuatan mereka dalam politik.

“Mereka juga diberi sokongan secara moral. Itu memang jelas, melalui tindakan-tindakan (beberapa pemimpin politik) yang sering berjumpa dengan pihak yang berpengaruh di luar negara. Maklumat-maklumat itu kita dapat,” kata tanpa mendedahkan pemimpin politik terbabit.

Mohd Salleh yang memegang jawatan itu pada 2008 lalu berkata, perisikan tentera mempunyai maklumat lengkap mengenai tarikh pertemuan, lokasi serta identiti pemimpin politik yang mengadakan pertemuan dengan pihak asing di beberapa buah negara.

“Sewaktu dia berada di beberapa negara, kita buat pemantauan. Siapa yang dia jumpa dan sebagainya. Tapi kita tak tahu apa yang dibincangkan. Tapi memang ada perjumpaan dengan beberapa orang yang mendapat sokongan secara moralnya dari luar negara,” katanya.

Berita berkaitan
Selepas pendedahan PAC, MINDEF nafi AGC tak dilibatkan dalam perjanjian LCS
October 10, 2023· Isu semasa
PAC masih perlu dapatkan kebenaran JPM bagi nyahklasifikasi laporan ‘land swap’
June 19, 2023· Isu semasa
PAC minta kerajaan nyahklasifikasi laporan projek ‘land swap’
June 15, 2023· Isu semasa
Kerajaan perlu telus, banyak persoalan LCS belum terjawab : TI-M
May 29, 2023· Isu semasa
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
PRU tak sesuai tahun ini, menteri PN perlu bertegas, kata Muhyiddin
October 4, 2022
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Zahid kekal Presiden, cikgu boleh tarik nafas lega
January 16, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok