Dr Zulkifli kotakan janji siapkan terjemahan al-Quran terbitan JPM

August 28, 2021 · Isu semasa

Biarpun tidak diangkat semula menyertai Kabinet baharu, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri kekal melakukan rutin hariannya seperti sebelum dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehawal Agama) di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Janjinya untuk menyiapkan terjemahan al-Quran sejak April tahun lalu sebaik dilantik sebagai menteri, kini terlaksana.

“Saya janji dan saya kotakan. Alhamdulillah, telah siap Terjemahan al-Quran versi al-Bayan terbitan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

“Siap dicetak pada hari mulia, hari Jumaat 27 Ogos 2021 bersamaan 18 Muharram 1443,” katanya dalam kenyataan di media sosial beliau.

Dr Zulkifli – mufti pertama dilantik sebagai menteri Kerajaan Perikatan Nasional (PN) – berkata usaha untuk menyedia dan menyiapkan terjemahan al-Quran itu bermula pada April 2020 oleh penyelidik dalam kalangan universiti awam tempatan dan penyelidik di Hal Ehwal Agama JPM.

“Terjemahan al-Quran versi al-Bayan adalah usaha julung-julung kali oleh Kerajaan Malaysia selepas Tafsir Pimpinan al-Rahman yang diterbitkan pada bermula penghujung 60-an.

“Maka secara rasminya, Kerajaan Malaysia telah menerbitkan dua terjemahan al-Quran,” katanya sambil menambah Tafsir al-Bayan dan Terjemahan Sahih al-Bukhari akan menyusul.

Berita berkaitan
Menteri Agama sudah jumpa MP DAP tafsir al-Quran, beri nasihat
October 3, 2023· Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023· Politik
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
September 26, 2023· Politik
Polis ambil keterangan MP DAP tafsir al-Quran pada Selasa
September 25, 2023· Politik
Popular
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok