Zahid, cikgu dan Najib dicabar bersumpah pendedahan Tajuddin

June 29, 2022 · Politik

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan cikgunya yang juga Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar bersumpah menafikan pendedahan Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berhubung Akuan Bersumpah (SD) pelantikan Perdana Menteri (PM).

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Terengganu Datuk Razali Idris turut mencabar bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berbuat demikian kerana ketiga-tiga pemimpin politik itu sebelum ini gemar bersumpah.

“Apa yang dinyatakan oleh Tajuddin sepatutnya diulas oleh Anwar Ibrahim, Najib Razak dan Ahmad Zahid. Di sini saya boleh cabar beliau untuk bersumpah, sebab dia suka sangat bersumpah.

“Najib Razak berapa kali bersumpah, Ahmad Zahid pun cabar Tan Sri Muhyiddin Yassin bersumpah, sekarang kita minta dia bersumpah mengatakan bahawa dia difitnah oleh Tajuddin.

“Tak payah nak cerita banyak, sebab dia suka bersumpah, kita cabar dia bersumpah, yang Tajuddin fitnah,” katanya memetik temu bual dengan portal satuberita.

Isnin lalu, Tajuddin yang juga bekas Ahli Majlis (MT) UMNO yang baharu sahaja disingkirkan oleh Zahid mendedahkan mengenai SD kerjasama Zahid dan Anwar ketika krisis pelantikan PM tahun lalu.

Tajuddin juga mendedahkan laungan pemimpin UMNO bahawa ‘No DAP No Anwar’ adalah satu pembohongan sebaliknya Zahid adalah antara yang menandatangani SD menyokong Anwar menjadi PM.

Beliau juga mengakui menjadi salah seorang yang diminta menandatangani SD itu.

Mengulas lanjut, Razali berkata, ketiga-tiga pemimpin itu perlu bermuhasabah diri serta tumpu kepada rakyat yang masih lagi dalam peralihan untuk mensejahterakan kembali ekonomi negara yang mengalami kejatuhan akibat pandemik Covid-19.

Dalam pada itu katanya, ketidakstabilan negara tidak datang daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Muhyiddin, namun yang terlibat dalam kemelut itu adalah Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, rakyat perlu lihat dan menolak pemimpin yang tidak bertanggungjawab serta menganggu kestabilan politik negara.

“Biarlah mereka selesai, biar rakyat tengok yang SD menyokong Anwar semasa kerajaan PN sedang bergerak. Itu stabil atau tidak stabil?

“Saya tidak kata UMNO secara keseluruhan, saya fokus kepada tiga orang, Najib, Zahid, Anwar, dia yang mengatakan kita pengkhianat, nak bekerjasama sana sini, sebenarnya dia senyap-senyap buat kerja, senang-senang dia boleh menipu rakyat, bersumpah sana, bersumpah sini.

“Rakyat kena faham, perkara itu sedang berlaku, bercakap untuk menstabilkan negara, tetapi keluarga dia sendiri tidak stabil. Bercakap telus dan integriti, tetapi dia juga yang menghuru-harakan negara,” tegasnya.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
21 jam lalu· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
43 minit lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok