Undi18 punca Ku Nan tersungkur di Putrajaya

November 20, 2022 · Politik

Undi18 atau undi anak muda antara punca orang lama BN ‘bungkus’ di Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) , lapor BH.

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyandang Parlimen itu sejak 2004 itu tewas kepada Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin selaku calon Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti tipis 2,310 undi.

Radzi yang juga Menteri Pendidikan sementara itu pertama kali bertanding di kerusi berkenaan berjaya memperoleh 16,002 undi manakala Tengku Adnan atau Ku Nan mendapat 13,692 undi.

Ketika berkempen Ku Nan kelihatan optimis undi anak muda tetap berpihak kepadanya malah sudah menganggap golongan terbabit tidak lebih seperti anak atau cucunya sendiri.

Namun di pusat penjumlahan undi di Dewan Pusat Kejiranan Presint 9 semalam jelas menunjukkan perbezaan jumlah undi di saluran lima dan enam iaitu saluran anak muda bagi kedua-dua calon ini.

Di Putrajaya, 53 peratus (25,415) daripada 42,881 pengundi berdaftar layak mengundi merupakan anak muda berusia 18 hingga 39 tahun yang mewakili pengundi dengan peratusan keluar mengundi untuk PRU-15 di Parlimen ini mencatat 86.21 peratus atau 36,643 pemilih.

Berdasarkan pemerhatian perjalanan kempen, Tengku Adnan dilihat kurang agresif untuk mendekati anak muda berbeza dengan pesaing rapatnya mungkin kerana terlalu selesa.

Pengundi di Putrajaya tidak memerlukan pembangunan yang hebat-hebat kerana Pusat Pentadbiran kerajaan sudah sedia mencukupi, cuma perlu ditangani dan tambah baik beberapa isu terutamanya masalah tempat meletak kenderaan.

Berbanding Radzi yang pada mulanya dilihat tidak mampu menggugat kubu kuat BNitu berikutan kisah kekalahannya pada PRU14 di Parlimen Ketereh namun beliau bijak melakukan kerja di lapangan lebih awal biarpun belum pasti mahu bertanding di Parlimen mana.

Penggunaan tagline ‘Era Baharu Putrajaya’ ternyata menarik perhatian pengundi muda untuk memilih Radzi atau lebih dikenali dengan singkatan nama DRJ sepanjang berkempen.

Radzi juga membuat pecutan awal kepada ‘gear lima’ sebaik kempen dimulakan dengan mendekati rapat komuniti Putrajaya termasuk pemimpin masjid dan surau, pemimpin persatuan penduduk, komuniti kebun, pemimpin sukan, sekali gus mengambil cakna cabaran dihadapi mereka.

Sikap beliau yang dilihat rajin bekerja, bersih dan menangani isu pendidikan dengan baik ketika pandemik ternyata menarik perhatian penduduk Putrajaya untuk memilihnya sebagai ahli Parlimen mewakili mereka.

Radzi yang ditemui media selepas pengumuman keputusan, menyifatkan kemenangannya untuk semua warga Putrajaya dan jentera PN yang bekerja keras dalam PRU15.

“Terima kasih kepada semua pengundi, ini kerja keras untuk pastikan misi yang dianggap mustahil berjaya. Ia era baharu Putrajaya,” katanya.

Empat lagi calon kerusi itu iaitu Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz  (PH) mendapat 5,988 undi, manakala tiga lagi calon hilang deposit iaitu Datuk Mohd Rosli Ramli (Perjuang) meraih 878 undi, calon Bebas Samsudin Mohamad Fauzi (63) dan Lim Fice Bee (20).

Berita berkaitan
Kecoh laungan ‘peliwat’ di Dewan Rakyat, Wan Saiful kata Anwar tak layak jadi PM
September 20, 2023· Politik
Peliwat bergema di Dewan Rakyat, Radzi bidas ‘saya yakin kamu peliwat’ kepada PMX
September 19, 2023· Politik
Hari Kebangsaan: Agong dan Permaisuri santuni rakyat pelbagai kaum
August 31, 2023· Isu semasa
PRN: Manifesto PN hampir siap
July 15, 2023· Politik
Popular
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
September 20, 2023
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
September 21, 2023
Kecoh laungan ‘peliwat’ di Dewan Rakyat, Wan Saiful kata Anwar tak layak jadi PM
September 20, 2023
Takkan kalah sampai nak sekat peruntukan kepada rakyat, kata MB Terengganu
September 20, 2023
Lagi Politik terkini
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
6 jam lalu · Politik
Polis ambil keterangan Muhyiddin sekali lagi berhubung kempen PRK
6 jam lalu · Politik
Bekas guru calon PN di PRK DUN Pelangai
7 jam lalu · Politik
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
19 jam lalu · Politik
Takkan kalah sampai nak sekat peruntukan kepada rakyat, kata MB Terengganu
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
3 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok