UMNO masih mencari calon PM: Shahril

April 18, 2021 · Politik

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan memberi alasan parti itu tidak menamakan calon Perdana Menteri kerana belum tiba masa untuk berbuat demikian.

Menyanggah kenyataan rakan sejawatnya dari Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai calon Perdana Menteri, beliau berkata bila dan siapa calon itu terletak kepada keputusan UMNO, bukan pihak lain.

“UMNO belum menamakan. Bila hendak menamakan, itu keputusan UMNO-lah. Setahu kami, PRU bukan esok… maka, UMNO tak tergesa-gesa hendak menamakan calon PM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

UMNO juga, katanya, mempunyai ramai pemimpin berkaliber yang boleh diketengahkan bukan hanya sebagai calon jawatan Perdana Menteri, tetapi membarisi kepemimpinan secara umumnya, baik di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Sebelum ini Wan Saiful mempersoalkan siapakah calon yang ditawarkan oleh BN sebagai Perdana Menteri, berbading Pakatan Harapan (PH) yang menawarkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kalau PH mereka akan tawarkan Anwar yang akan datang bersama DAP. Kalau BN, siapa mereka akan tawarkan sebagai Perdana Menteri? Sampai hari ini mereka belum namakan calon Perdena Menteri mereka.

“Saya jangka sebagai Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi calonnya. Bila dibandingkan ketiga-tiganya rekod Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan beliau bukan sahaja layak malah patut meneruskan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri,” kata Wan Saiful.

Mengulas lanjut, Shahril dalam satu kenyataan hari ini berkata Bersatu mungkin hanya memikirkan jawatan Perdana Menteri sahaja dan jawatan-jawatan lain dilakukan dengan ‘tangkap muat’ sahaja.

Pada masa sama beliau memuji sikap Bersatu yang menyeru kepada penyatuan, berbanding ketika parti itu berada di dalam kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan mentadbir negara.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
21 jam lalu· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
2 jam lalu · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok