UMNO ‘bungkus ikat tepi’ dalam PRN kali ini : Fadhli Shaari

August 10, 2023 · Politik

UMNO, parti pimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disifatkan bakal ‘bungkus ikat tepi’ dalam pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari yang menjangkakan perkara itu beranggapan parti keramat yang dulunya menjadi pejuang agenda Melayu itu sudah pun karam.

“UMNO yang ada hari ini ialah UMNO yang sudah karam. Sebab itu tuan-tuan sekalian percayalah parti yang paling bungkus ikat tepi dalam PRN kali ini ialah UMNO dan BN,” katanya ketika berucap pada Pentas Setiausaha Perikatan Nasional di Shah Alam, malam ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata UMNO hari ini masih wujud semata-mata untuk menyelamatkan Ahmad Zahid.

“Sebabnya tuan-tuan sekalian, maaflah saya sebut UMNO dan Barisan Nasional mereka selama ini. Tidak ada lagi keris yang dijulang tinggi di PWTC kononnya ‘anak kecil main api’, tak ada dah. Bukan kita supaya bermain dengan keris, tidak.

“Tetapi kalau UMNO sebelum daripada ini sibuk bercakap tentang agenda, bangsa, agenda Melayu dan sebagainya, hari ini UMNO sudah tidak boleh diharapkan lagi. UMNO yang ada pada hari ini ialah UMNO untuk menyelamatkan Datuk Seri Zahid semata-mata,” katanya.

Dalam ucapan sama, beliau menyeru ahli UMNO dan pengundi yang menyokong parti itu agar tidak memboikot hari pengundian yang bakal berlangsung, Sabtu ini.

“Saya dengar ramai ahli UMNO tak nak keluar mengundi, nak boikot pengundian, tak nak keluar mengundi. Sebab apa? Sebab marah kepada Presiden UMNO. Ada dengar ke tidak? Saya dengar itu. Pengundi-pengundi, ahli UMNO tak nak keluar rumah, nak duduk dalam rumah, nak boikot.

“Saya katakan sikap anda nak tunjukkan protes itu bagus tetapi tambahkan satu lagi protes. Jangan tak keluar mengundi. Keluar mengundi beramai-ramai dan undi Perikatan Nasional!,” katanya.

Berita berkaitan
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Kajian Merdeka Center bukti rakyat marah kepada PMX, tahap terburuk: Idris
November 23, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Lagi Politik terkini
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
7 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ir Khairil di ceramah PAS Gong Limau
44 minit lalu
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok