UMNO boleh tangguh pemilihan, kenapa PRU-15 tak boleh tangguh: Dr M

May 16, 2022 · Politik

Pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) tidak sesuai diadakan dalam masa terdekat, malah UMNO sendiri menangguhkan pemilihan partinya yang sepatutnya dijalankan tahun ini.

Mantan Perdana Menteri (PM), Tun Dr Mahathir Mohamad memberi alasan bimbang sekiranya jangkitan kes Covid-19 boleh menular dan meningkat semula sekiranya pilihan raya tersebut diadakan sekarang.

Ini kerana, menurutnya, kes baharu Covid-19 didapati masih meningkat sehingga mencecah 3,000 kes sehari.

“Sekarang, mungkin bukan masa yang sesuai untuk PRU. Kita kena ingat bahawa Covid ini tak mudah kita tepis. Dia (Covid-19) mungkin ada di mana-mana sahaja.

“Mungkin ada pula nama jenis (varian) baharu yang akan menyerang kita (selepas PRU-15),” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Pengerusi Parti Pejuang itu ditemui bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali semasa Majlis Jamuan Hari Raya Parlimen Langkawi di Dataran Telaga Walk hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir juga mempertikai langkah UMNO yang memutuskan untuk menangguhkan pemilihan partinya dengan mendakwa ia strategi untuk mengelakkan perpecahan dalaman parti.

“Mereka tahu kalau ada pemilihan akan berpecahlah UMNO, jadi mereka ambil jalan senang.

“Ini kalau dalam jangka yang pendek, tak apalah. Ini sampai berbulan nak tangguh. Itu bermakna UMNO tidak hormati perlembagaan dia,” ujarnya.

Semalam, Perhimpunan Agung Khas (EGM) UMNO meluluskan pindaan perlembagaannya yang membolehkan pemilihan parti dibuat enam bulan selepas PRU.

Pindaan Perlembagaan tersebut melibatkan 3 Fasal iaitu Fasal 10.16, 15.3 dan 18.2 yang kesemuanya melibatkan penangguhan pemilihan di semua peringkat Majlis Kerja Tertinggi, Bahagian dan Cawangan.

Usul pindaan itu dibentangkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan mendapat sokongan sebulat suara daripada perwakilan yang hadir.

Penganalisis melihat langkah menangguhkan pemilihan UMNO akan memberi kelebihan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menjadi PM, sementara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hanya berstatus Naib Presiden parti.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
2 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
21 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok