Tiada pemimpin parti dalam kerajaan mahu jatuhkan kerajaan, DAP jawab Hadi

March 7, 2023 · Politik

DAP menafikan wujud pergolakan dalam kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-UMNO seperti didakwa Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke menyangkal wujud usaha pemimpin parti dalam kerajaan yang mahu menjatuhkan kerajaan sedia ada.

“Pemimpin tertinggi dalam setiap gabungan memberikan jaminan penuh dan kerjasama baik untuk menjayakan agenda kerajaan perpaduan.

“Saya yakin tiada usaha antara mereka untuk melemahkan atau menjatuhkan kerajaan perpaduan,” katanya dipetik laporan FMT hari ini.

Hadi semalam berkata ada tanda “tidak puas hati” dalam kalangan parti komponen yang membentuk kerajaan campuran.

Kerajaan perpaduan dianggotai PH-BN, Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah serta mendapat sokongan Ahli Parlimen Muda, Warisan, Parti Bangsa Malaysia dan bebas.

Loke berkata, walaupun Ahli Parlimen kerajaan bebas menyuarakan rasa tidak puas hati atau perbezaan pandangan, ia tidak bermakna kerajaan akan tumbang.

Beliau juga mendakwa Hadi tidak bertanggungjawab dengan mengatakan pembangkang mahu merampas Putrajaya.

Semalam, Hadi memberitahu wartawan di Parlimen, pembangkang berusaha menjatuhkan kerajaan dan mereka mempunyai hak berbuat demikian.

Minggu lalu, Ahli Parlimen Marang itu turut meramalkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tumbang “dalam masa terdekat” dan “atapnya bocor, pintunya terbuka dan dindingnya pecah”.

Berita berkaitan
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
9 jam lalu· Isu semasa
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
15 jam lalu· Isu semasa
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
15 jam lalu· Politik
Ramai stres kos sara hidup tinggi, sekolah buka serentak Ramadan
22 jam lalu· Isu semasa
Popular
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
March 20, 2023
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
March 20, 2023
Lagi Politik terkini
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
12 jam lalu · Politik
Zahid dakwa akar umbi mahu UMNO kekal bersama DAP dalam kerajaan
18 jam lalu · Politik
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
20 jam lalu · Politik
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
22 jam lalu · Politik
Pemilihan UMNO: PMX ucap tahniah kepada Zahid walaupun tak bertanding
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
16 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok