Tiada jaminan BN menang besar PRU-15, kata ‘poster boy’ Johor tersingkir jadi MB

April 24, 2022 · Politik

Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bulan lalu, tidak boleh lagi dijadikan jaminan untuk gabungan itu merekod kejayaan sama dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang akan datang.

Perkara itu perlu diakui kerana terdapat pelbagai faktor yang membezakan kedua-dua pilihan raya berkenaan, kata Pengerusi BN Johor yang juga bekas Menteri Besar Datuk Seri Hasni Mohammad.

“Kejayaan PRN Johor tidak menjamin kejayaan pada PRU-15 nanti. Sebagai contoh kenaikan kos harga barang yang terus meningkat ketika ini sama ada ia dapat dikawal atau diturunkan menjelang akhir tahun.

“Selain itu, pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), ketika ini memang dilihat sebagai ‘feel good factor‘ tetapi empat atau lima bulan akan datang kita tidak pasti.

“Jadi itu antara cabaran yang perlu dihadapi,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri di sini, semalam.

Hasni sebelum ini adalah ‘poster boy’ BN ketika PRN Johor dan aset yang memberi jaminan kemenangan gabungan itu, tetapi tidak dipilih menjadi Menteri Besar Johor.

Pada PRN Johor lalu, Hasni berjaya memimpin kemenangan BN sehingga memperoleh 40 daripada keseluruhan 56 kerusi yang dipertandingkan, sekali gus menyaksikan mereka berjaya menubuh kerajaan negeri.

Mengulas lanjut Hasni berkata UMNO akan menekankan persiapan bagi menghadapi PRU-15 dengan memastikan Ikhtiar BN pada PRN Johor dipantau dan ditetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) termasuk Belanjawan Johor 2022.

“Dengan adanya KPI dan pemantauan khusus, kita yakin akan dapat lebih bersedia menghadapi cabaran PRU-15 yang dijangka tidak lama lagi. Kita juga akan menjalankan tinjauan di setiap bahagian khususnya berhubung penambahan jumlah pengundi ekoran pelaksanaan Undi18 melibatkan beberapa bahagian antaranya Johor Bahru, Tebrau, Pulai, Iskandar Puteri dan Pasir Gudang,” jelasnya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
3 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
22 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok