Terus menerus tabur fitnah, Tuan Ibrahim saman Rafizi

November 18, 2022 · Politik

Susulan tindakan calon Pakatan Harapan (PH), Rafizi Ramli yang terus menerus menabur fitnah ketika berkempen, beliau akhirnya disaman.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan terhadap Timbalan Presiden PKR itu petang semalam melalui peguamnya, Tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid.

Dalam kenyataan itu, Tuan Ibrahim berkata notis tuntutan telah dihantar kepada Rafizi pada 10 November lalu, susulan kenyataan memfitnah dan calon Parlimen Pandan itu diberikan tujuh hari untuk memohon maaf serta menarik balik kenyataan itu.

“Namun begitu, Rafizi tidak memberikan apa-apa respons bertulis kepada peguam saya dan terus-terusan memfitnah dengan kenyataan-kenyataan yang tidak berpaksi kepada kebenaran,” katanya.

Isnin lalu, Rafizi dalam satu sidang media menuntut penjelasan Tuan Ibrahim berhubung status projek kerja-kerja rancangan tebatan banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 bilion yang didakwa dalam proses mendapat kelulusan.

Rafizi mendakwa, berdasarkan sumber dalaman, kementerian diteraju Tuan Ibrahim itu sedang dalam proses untuk menganugerahkan tender tersebut secara rundingan terus kepada sebuah syarikat sedangkan ia tidak boleh dibuat oleh kerajaan sementara.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim dalam kenyataan balas pada Selasa memaklumkan, tiada sebarang rundingan mahupun perbincangan berlaku dalam tempoh kerajaan peralihan seperti didakwa.

Beliau menegaskan, tidak pernah meluluskan sebarang peruntukan mana-mana projek setelah Parlimen dibubarkan dan tiada mana-mana pihak yang datang berjumpanya bagi meminta kelulusan RM2 bilion itu.

Tuan Ibrahim juga menggesa Rafizi agar melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika mempunyai bukti.

Tuan Ibrahim menyifatkan perbuatan Rafizi bertujuan untuk memfitnah dan menghancurkan kredibilitinya menjelang hari pengundian, esok.

Justeru katanya, tindakan perlu diambil mengikut lunas undang-undang untuk mencari keadilan dan kebenaran demi menghentikan budaya politik fitnah.

“Demi menghentikan budaya politik fitnah, perbuatan Rafizi yang membuat tuduhan jahat, penyelewangan fakta dan penipuan yang jelas bertujuan untuk memfitnah dan menghancurkan kredibiliti saya dan PAS diambang pengundian pada 19 November 2022 perlu diambil tindakan mengikut lunas undang-undang untuk mencari keadilan dan kebenaran.

“Saya berharap mereka yang telah difitnah Rafizi turut akan mengikut jejak saya. Insya-ALLAH, saman tersebut telah diterima oleh mahkamah dan peguam saya akan menyampaikan saman tersebut kepada Rafizi.

“Saya berharap beliau berani berhadapan dengan proses mahkamah mengikut lunas undang-undang dan bukan hanya berkokok melaungkan fitnah di media-media sosial dan pentas ceramah. Saya sahut cabaran Rafizi untuk menyaman beliau. Writ saman dan pernyataan tuntutan itu setebal 73 muka surat dan pihak mahkamah telah menerimanya,” jelasnya.

Berita berkaitan
Pembahagian kerusi PN dalam PRN berjalan dengan baik, sudah selesai: Sanusi
17 jam lalu· Politik
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
March 21, 2023· Isu semasa
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023· Politik
Hanya perang saraf UMNO selepas kalah, kata Hadi
March 19, 2023· Politik
Popular
PRN: UMNO ada senjata tekan parti komponen PH beri kerusi sama rata
March 26, 2023
Kebimbangan kebebasan bersuara disekat meningkat bawah kerajaan Anwar: Media Singapura
March 26, 2023
PRN: PN sudah ada calon MB, poster boy di Selangor, Negeri Sembilan
March 26, 2023
Pembahagian kerusi PN dalam PRN berjalan dengan baik, sudah selesai: Sanusi
March 25, 2023
Lagi Politik terkini
Kebimbangan kebebasan bersuara disekat meningkat bawah kerajaan Anwar: Media Singapura
6 jam lalu · Politik
PRN: UMNO ada senjata tekan parti komponen PH beri kerusi sama rata
7 jam lalu · Politik
PRN: PN sudah ada calon MB, poster boy di Selangor, Negeri Sembilan
8 jam lalu · Politik
Guan Eng! Jangan jadi telunjuk lurus kelingking berkait: Ketua Armada
20 jam lalu · Politik
Srikandi Bersatu gesa PH-BN tak mansuh Skim Rumah Pertamaku
March 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok