Terdesak nak undi orang Melayu sehingga terpaksa calarkan imej Bersatu: Khairy

February 3, 2023 · Politik

Kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) dilihat terdesak untuk mendapatkan undi orang Melayu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) sehingga terpaksa mengambil tindakan untuk mencalarkan imej parti Bersatu.

Bekas Ketua Pemuda UMNO yang dipecat, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata realitinya kerajaan campuran tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu, malah rakan sekutunya yang baharu pula diterajui Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilihat ditolak majoriti.

“UMNO sekarang ini tidak membawa nilai tambah kepada PH, liabiliti ada lah.

“Kalau PH dengan 11 peratus undi Melayu kata Bridget Welsh, nak tambah sokongan daripada orang Melayu bukan dengan UMNO,” katanya dalam satu program wawancara malam tadi.

Jelas Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau itu lagi, menyedari UMNO tidak akan memberi nilai tambah kepada mereka dalam menghadapi PRN, disebabkan itu kerajaan diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa memberi tekanan kepada Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) dengan mencalarkan imej mereka menerusi siasatan agensi kerajaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Jadi, sebab itu lah hari ini kita dengar dalam berita, apa sahaja perlu dilakukan untuk menjatuhkan PN… Apabila nampak gelombang itu kuat sangat, dia (PH) main SPRM sebab dia rasa orang Melayu ini dah menolak UMNO dan langkah seterusnya adalah mencalarkan PN pula.

“Dia juga menggambarkan PN juga hoi ya hoi juga, jadi kita tunggu dan lihat lah beberapa hari ini apa yang akan berlaku,” katanya lagi.

Kelmarin, media melaporkan SPRM membekukan beberapa akaun milik Bersatu dipercayai ada kaitan dana RM92.5 bilion yang didakwa diseleweng kerajaan PN ketika melaksanakan pelbagai pakej rangsangan susulan pandemik Covid-19.

Laporan media berhubung pembekuan akaun parti Bersatu itu kebetulan pula selepas kecoh isu lantikan anak Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat di kementerian sepanjang minggu ini.

Pada masa sama, bekas Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Kelapan, Datuk Dr Marzuki Mohamad berkongsi penyata akaun yang sudah diaudit di sebalik pelbagai dakwaan mengaitkan kononnya parti itu menerima RM4 bilion daripada RM92.5 bilion dana Pakej Rangsangan Ekonomi.

“Bagi yang tuduh Bersatu terima RM4 bilion dari RM92.5 bilion dana Pakej Rangsangan Ekonomi boleh lihat penyata akaun parti tahun 2020 dan 2021 yang telah diaudit.

“Akaun yang diaudit ini telah dibentangkan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu. Ia telah difailkan di ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan) dan merupakan dokumen awam. Tak boleh tipu punya,” katanya.

Berita berkaitan
Program dialog disekat UiTM, Syed Saddiq bidas kerajaan campuran
6 jam lalu· Uncategorized
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
15 jam lalu· Politik
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023· Politik
Ketua Menteri Melaka letak jawatan, Zahid sahkan bakal umum nama baharu
March 29, 2023· Politik
Popular
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
March 30, 2023
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
March 31, 2023
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
March 30, 2023
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
March 30, 2023
Lagi Politik terkini
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
6 jam lalu · Politik
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
17 jam lalu · Politik
Larangan terhadap MB Kedah: PH-BN bawa landskap politik lapuk
17 jam lalu · Politik
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
18 jam lalu · Politik
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok