Tawaran PN Selangor: Bantuan Prihatin RM400, Skim Peduli Sihat dapat ringankan beban

August 5, 2023 · Politik

Dua tawaran utama Perikatan Nasional (PN) Selangor adalah Inisiatif Bantuan Prihatin Keluarga Selangor dan Skim Peduli Sihat akan dapat mengurangkan beban rakyat negeri itu yang terbeban dengan kos sara hidup ketika ini.

Peningkatan kos sara hidup penduduk di bandar seperti Selangor paling terasa dan ramai yang terkesan, ia antara faktor utama PN mencari inisiatif segera melaksanakan bantuan kebajikan untuk meringankan beban warga Selangor sekiranya diberikan peluang menjadi kerajaan negeri.

PN Selangor akan memperuntukan sebanyak RM312 juta setahun bagi melaksanakan Inisiatif Bantuan Prihatin Keluarga Selangor dan ia dijangka dapat membantu 65,000 keluarga yang memerlukan menerusi pemberian bantuan bulanan bernilai RM400 bagi pembelian barangan asas.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua tawaran yang dibuat oleh gabungan itu adalah realistik untuk dilaksanakan dan bukan sekadar janji kosong dibuat oleh pemimpin kerajaan campuran.

Selain itu katanya, inisiatif Bantuan Prihatin Nelayan Selangor berjumlah RM5 juta setahun juga akan diwujudkan dengan menyalurkan bantuan seperti enjin bot dan alatan akuakultur

“Kita juga menawarkan pengecualian bayaran parkir di kawasan letak kenderaan bawah seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor utara dan menaikkan elaun bulanan yang dibayar oleh kerajaan negeri kepada penggerak masjid dan surau iaitu imam sebanyak RM1,700, bilal RM800, siak RM600 dan nazir RM600,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Tawaran PN Negeri Selangor malam tadi.

Muhyiddin menambah, skim Rumah Pertama Darul Ehsan yang merangkumi pemilikan rumah pangsa tiga bilik bagi golongan yang memerlukan serta menyediakan kuota khas bagi keluarga muda akan diwujudkan.

“Skim Peduli Sihat termasuk Skim Perlindungan Perubatan dan Kesihatan kepada rakyat Selangor dengan pendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah dan kemudahan pengangkutan percuma Van Selangor Care bagi memudahkan pergerakan warga emas dan OKU ke pusat kesihatan diperluaskan, serta menyediakan dana berjumlah RM15 juta untuk inisiatif jaringan perkhidmatan Ambulans Komuniti Selangor (AKoS),” katanya.

Tawaran berkenaan merupakan antara tawaran-tawaran PN bagi negeri Selangor kepada pengundi-pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos akan datang.

Menurut Muhyiddin, tawaran PN Selangor ini adalah tawaran yang realistik serta boleh dilaksanakan.

“Berkat pengalaman dan kepakaran yang dimiliki oleh bakal kepimpinan kerajaan negeri PN di Selangor, kami yakin bahawa semua tawaran ini dapat ditunaikan dengan cepat, cekap dan berkesan,” katanya.

Berita berkaitan
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
September 27, 2023· Isu semasa
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
September 25, 2023· Isu semasa
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023· Politik
Sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH-UMNO berkurangan: Ramasamy
September 22, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
3 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok