Tak wajar ugut penjawat awam hanya nak menang PRU-15: Perikatan Nasional

November 18, 2022 · Politik

Langkah pembangkang, Pakatan Harapan (PH) memberi ugutan kepada penjawat awam hanya semata-mata mahu menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dibidas Datuk Seri Azmin Ali.

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu membidas kenyataan PH yang mahu memburu penjawat awam yang dilihat tidak menyokong mereka, ia selepas calon PKR, Rafizi Ramli mengeluarkan kenyataan berbaur ancaman baru-baru ini yang juga dibidas Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

“Semalam satu lagi kenyataan daripada PKR dan Pakatan Harapan, bahawa kalau mereka menang hari Sabtu ini mereka akan buru pegawai-pegawai kerajaan yang tidak mendukung Pakatan Harapan.

“Apakah orang seperti ini perlu kita sokong dalam pilihan raya yang akan datang,” katanya semasa ceramah Rapat Umum Era Baharu Putrajaya malam tadi.

Azmin juga membangkitkan tindakan PH semasa menjadi kerajaan semalam 22 bulan sebelum ini yang memberi tekanan dan bergaduh dengan pegawai-pegawai kerajaan, malah mahu menukar sewenang-wenangnya pegawai kanan kerajaan.

“Saudara-saudari melihat sendiri bagaimana kerakusan, bagaimana kezaliman yang berlaku di kalangan pimpinan Pakatan Harapan yang menekan pegawai-pegawai kerajaan?

“22 bulan mereka memerintah, mereka menghina pegawai kerajaan. Saya beritahu di Putrajaya sebab saya duduk di dalam jemaah menteri Pakatan Harapan, antara perkara pertama yang diminta oleh menteri-menteri Pakatan Harapan sama ada DAP mahupun Amanah, mahupun PKR ialah tukar lapan ketua setiausaha kementerian (KSU).

“Ini satu tindakan yang melampau. mengapa mereka perlu bergaduh dengan pegawai kerajaan? Pegawai kerajaan tidak bersalah, pegawai kerajaan tidak perlu bermusuh dengan orang politik. itulah tindakan mereka untuk bermusuh dengan anggota perkhidmatan awam,” katanya lagi.

Terdahulu, Rafizi dilaporkan memberi amaran kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki bahawa PH akan “mencarinya” pula berhubung skandal pegangan sahamnya sebelum ini jika gabungan itu menang PRU-15 pada Sabtu ini.

Bercakap pada Ceramah Mega PH di Johor Bahru semalam, Rafizi berkata SPRM mesti berdepan dengan mahkamah terlebih dahulu berhubung serbuan ke atas syarikatnya, Invoke Solutions Sdn Bhd.

Susulan itu, Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat dalam kenyataan membidas Rafizi kerana menggunakan modal bersifat menyerang atau mengugut penjawat awam ketika berkempen pada PRU-15.

“Seharusnya calon atau ahli politik yang berkempen sepanjang pilihan raya tidak keterlaluan menyerang perkhidmatan awam. CUEPACS memahami terdapat ahli politik yang tidak dapat mengawal emosi ketika berkempen, apatah lagi di hadapan ribuan penyokong masing-masing.

“Namun, perkara itu tidak menghalalkan serangan atau ugutan secara terbuka terhadap penjawat awam dilakukan,” katanya sambil mempersoalkan niat di sebalik tindakan Rafizi serta serangan secara terbuka yang dilakukan.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
21 jam lalu· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
48 minit lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok