Sulaiman nafi letak jawatan, masih Ketua Menteri Melaka

May 12, 2022 · Politik

Selepas spekulasi Ketua Menteri (KM) Melaka bakal disingkir tersebar, Datuk Seri Sulaiman Md Ali akhirnya tampil buat kali pertama selepas berdiam diri menafikan dakwaan tersebut.

Sulaiman dalam satu kenyataan menegaskan masih KM Melaka yang sah dan membidas cubaan pihak tertentu yang tidak dinamakannya yang cuba mengganggu kestabilan pentadbirannya.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya masih Ketua Menteri Melaka dan akan terus berkhidmat dengan sehabis baik dan sedaya upaya selagi mana dikehendaki oleh pucuk pimpinan.

“Saya menafikan dakwaan bahawa saya telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka. Ini adalah dakwaan yang berniat untuk mengganggu gugat kestabilan Kerajaan Negeri Melaka yang saya terajui selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15,” katanya.

Beliau berkata isu penyingkirannya tidak wajar dibangkitkan semula pada ketika UMNO sedang membuat persiapan untuk merampas kerusi Parlimen yang mereka hilang semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

“Isu sebegini tidak sepatutnya timbul terutamanya ketika UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri Melaka sedang fokus memperkukuhkan usaha dan tenaga untuk merampas kembali kerusi Parlimen yang telah hilang semasa PRU-14 lalu.

“Keterbukaan saya mendengar pandangan ahli-ahli politik negeri Melaka bukanlah suatu kelemahan, sebaliknya ia adalah kekuatan bagi menghasilkan keputusan yang terbaik,” katanya lagi.

Sulaiman turut menyeru semua ahli UMNO supaya fokus mengukuhkan parti dan memenangi PRU akan datang daripada bermain politik.

Kenyataannya itu beberapa hari selepas khabar angin mula tersebar yang mendakwa dia terpaksa meletakkan jawatan ketua menteri.

Sebelum ini, khabar angin yang sama turut tersebar mendakwa terdapat langkah untuk menggulingkan Sulaiman oleh seorang lagi pemimpin parti, yang dikatakan sedang mengintai jawatan KM Melaka.

Walaupun dia tidak memegang sebarang jawatan kanan dalam UMNO Melaka, pucuk pimpinan parti telah memilih Sulaiman untuk menerajui negeri itu semula selepas BN muncul pemenang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka November tahun lepas.

Sulaiman mengangkat sumpah sebagai KM Melaka ke-13 di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka pada 21 Nov tahun lepas, selepas BN memenangi PRN Melaka.

Ini merupakan kali kedua Sulaiman dilantik sebagai KM Melaka selepas pertama kali dilantik ke jawatan berkenaan pada 9 Mac 2020, menggantikan Adly Zahari yang dilantik KM Melaka ke-11 pada 11 Mei 2018.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
2 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
22 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok