Strategi dahulukan bajet mini 2023: Anwar takut bawa usul keabsahan

November 26, 2022 · Politik

Selepas mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri (PM), Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan membawa usul undi percaya terhadapnya pada sidang Parlimen akan datang.

Langkah itu mahu dilakukannya susulan gesaan Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Anwar menunjukkan bukti mendapat sokongan melebihi 112 Ahli Parlimen bagi mengabsahkan beliau adalah Perdana Menteri.

Gesaan supaya membuktikan keabsahan jawatan PM pernah dibuat UMNO pimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan sahabat baiknya Anwar terhadap Muhyiddin tatkala kerajaan Perikatan Nasional memerintah pada 2020 dan 2021.

Jadi tidak salah, malah tidak ada penderhakaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, sekiranya Muhyiddin pula meminta Anwar membuktikan keabsahan sokongan yang diterimanya di Dewan Rakyat.

Lagipun, tiada istilah ‘derhaka’ dalam Perlembagaan Persekutuan, sebaliknya yang ada ialah “…perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.”

Pada masa sama, Anwar juga berkata kerajaan akan membentangkan Bajet Mini 2023 pada sidang Dewan Rakyat 19 Disember depan sebelum belanjawan menyeluruh dibentang sebulan kemudian.

Sebelum ini, bekas Menteri Kewangan di bawah pimpinan kerajaan lalu, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, membentangkan Bajet 2023 pada 7 Oktober lalu di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, bajet itu tidak sempat dibahas dan dilukluskan setelah Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu.

Bagaimanapun, Anwar dipercayai akan membentangkan terlebih dahulu Bajet Mini 2023, bukannya usul percaya terhadap keabsahannya.

Ini kerana sekiranya bajet mini yang dibentangnya mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, bermakna keabsahan kepimpinannya sudah disahkan dan tidak perlu lagi beliau membawa usul undi percaya.

Demikian juga sekiranya bajet mini yang dibentangkannya itu tidak diluluskan, maka ini bermakna kerajaan beliau tidak mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Bagaimanapun, Anwar tidak akan mengalah begitu sahaja kerana pernah berlaku apabila kerajaan Ismail Sabri kalah dalam usul melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk lima tahun lagi, tetapi Kementerian Dalam Negeri berjaya membatalkan keputusan itu, dan akhirnya usul itu diluluskan.

Selain itu sudah muncul suara-suara Ahli Parlimen PH yang meminta Anwar tidak membawa usul percaya terhadapnya, sebaliknya menumpukan kepada bajet mini itu.

Antara pemimpin PH yang menggesa Anwar tidak membawa usul itu ialah Ahli Parlimen DAP Ramkarpal Singh yang mendakwa Presiden PKR itu sudah mempunyai 140 sokongan daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Barisan Nasional.

“Adalah jelas sekarang bahawa beliau (Anwar) mempunyai majoriti besar, melebihi 140 kerusi,” kata Ramkarpal.

Justeru, adalah jelas bahawa Anwar akan membentangkan dahulu bajet tahun depan sebagai strateginya bagi menunjukkan beliau prihatin terhadap rakyat dan negara.

Blok Borneo – Sarawak dan Sabah – dijangka mendapat kelebihan dalam bajet yang akan dibentangkan Anwar untuk menarik GPS dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terus memberi sokongan kepadanya.

Ketua Pengarang
Agenda Daily

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
10 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok