Selepas audit forensik undian Rafizi disahkan timbalan presiden PKR

July 4, 2022 · Politik

Bekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli disahkan menduduki kerusi Timbalan Presiden PKR yang sebelum ini kosong setelah Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meninggalkan parti itu apabila menyertai Bersatu.

Pengumuman rasmi itu dibuat Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR hari ini, setelah semua audit forensik terhadap undi yang diberikan kepada Rafizi dan beberapa pemimpin lain, selesai dilakukan.

Kiraan rasmi terakhir menunjukkan Rafizi memenangi saingan dengan majoriti 16,668 undi mengatasi Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang juga Setiausaha Agung PKR.

Pengarah JPP Zaliha Mustafa berkata hanya sedikit perubahan dalam keputusan pemilihan selepas parti itu melaksanakan audit forensik terhadap keputusan pengundian.

Menurutnya laporan audit forensik mendapati terdapat percubaan menggodam keputusan pemilihan oleh pihak tidak bertanggunggjawab untuk mempengaruhi keputusan pemilihan.

Bagaimanapun, katanya firma audit telah mencadangkan supaya keputusan itu dibersihkan – yang dijalankan oleh jawatankuasa itu mengikut penemuan analisis digital.

“Bagaimanapun (pembersihan) tidak menjejaskan keputusan majoriti calon sama ada di peringkat pusat atau bahagian,” katanya.

Keputusan rasmi juga mengesahkan empat naib presiden yang dipilih ialah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari; Ahli Parlimen Tanjong Malim Chang Lih Kang; Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad, dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Aminuddin Harun.

Menurut laporan media sebelum ini, Chang, Nik Nazmi, and Aminuddin dikaitkan dengan kem Rafizi.

Di Gombak, Farhash Wafa Salvador, yang mengkritik keputusan undian, secara rasmi kalah dalam perebutan ketua bahagian menentang Amirudin.

Farhash yang juga bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum itu mengulangi rasa tidak puas hati terhadap cara pengendalian pemilihan parti yang berlangsung baru-baru ini dan menggesa bantahan yang dikemukakan dipandang serius.

“Saya amat berharap pihak JPP dan parti mengambil serius pandangan-pandangan ramai calon-calon yang telah mengemukakan bantahan secara rasmi dan mengambilkira cadangan-cadangan untuk penambahbaikan.

“Jika kita melaungkan ‘reformasi’, ia haruslah dipraktikkan dalam parti kita sendiri,” kata Farhash.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023· Isu semasa
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
13 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok