Saya masih Presiden PBM, kata Zuraida walaupun ROS kata bukan

October 30, 2022 · Politik

Datuk Zuraida Kamaruddin enggan menerima keputusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang mengesahkan beliau bukan Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Sebaliknya, penyandang Parlimen Ampang itu berkata isu dalaman parti tersebut akan diselesaikan sebelum hari penamaan calon dan menegaskan dirinya masih lagi Presiden PBM yang sah.

“Memandangkan saya di sini (maka saya Presiden).

“Isu dalaman kita akan buat pengumuman sebelum 5 November ini,” katanya dipetik semasa sidang media hari ini.

ROS hari ini, mengesahkan Datuk Larry Sng Wei Shien masih lagi Presiden PBN berdasarkan rekod yang ada di jabatan itu.

Sebelum ini, Zuraida bersama 12 Ahli Majlis Tertinggi parti itu digantung keahlian oleh Larry berdasarkan Perlembagaan PBM Fasal 60 (iii) kerana pembabitan berterusan mereka yang didapati menggugat kepentingan parti dan kepemimpinannya.

Krisis dalaman PBM mula meruncing apabila Larry minggu lalu mendakwa, beliau masih Presiden PBM dan tidak pernah mengosongkan jawatan itu untuk diisi oleh Zuraida.

Namun, Haniza Mohamad Taha yang turut digantung kedudukannya sebagai Timbalan Presiden PBM sebelum ini dilaporkan berkata, Zuraida dilantik sebagai Presiden pada Persidangan Agung Tahunan parti itu 7 Oktober lalu dan sudah diperakui dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi keenam yang lalu.

Berita berkaitan
Zahid sahkan pembantu Najib dipecat daripada UMNO
December 9, 2023· Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
MPT Bersatu tolak keputusan Muhyiddin tak pertahankan jawatan Presiden
November 24, 2023· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
10 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok