Rombak Kabinet selepas PRN, sampai masanya PMX singkir anak murid?

August 14, 2023 · Politik

Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 pada Sabtu adalah kayu pengukur kepada kerajaan campuran yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama UMNO yang menjadi rakan sekutu kepada Pakatan Harapan (PH).

PRN 2023 adalah ujian pertama dihadapi Perdana Menteri sejak dilantik pada November 2022 lalu dan ia adalah isyarat jelas rakyat menolak kerajaan campuran yang melantik kleptokrat sebagai anggota Kabinet, khususnya daripada UMNO.

Keputusan di enam negeri adalah manifestasi jelas orang Melayu menolak secara total kerajaan campuran yang terdapat menterinya dilantik dikalangan mereka yang ada kes mahkamah, malah dilihat bersikap berlembut dengan prinsip integriti yang selama ini mereka perjuangkan.

Di Kedah, Kelantan dan Terengganu menyaksikan UMNO semakin hampir tinggal batu nisan sahaja, sementara di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang hanya tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja.

Formula kerajaan campuran menerima UMNO sebagai rakan politik tidak memberi sebarang nilai tambah sebaliknya memberi kesan yang lebih buruk apabila tiga negeri yang selama ini dilihat deposit tetap tetapi kini sudah hilang banyak kerusi.

Di Selangor, kejayaan Perikatan Nasional (PN) memenangi 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah satu pencapaian yang sangat luar biasa dan ia menjadi manifestasi suara orang Melayu secara keseluruhannya menolak gabungan kerajaan campuran yang sedang memerintah negara.

Keputusan tercorot diperoleh UMNO selaku parti tertua dalam politik negara adalah satu pencapaian yang sangat memalukan dan mereka perlu mengambil langkah drastik untuk memulihkan parti tersebut.

Jangkaan UMNO kononnya jika mereka berada dalam kerajaan campuran akan dapat memulihkan keyakinan rakyat adalah meleset sama sekali, malah rakyat sekali lagi menolak mereka pada PRN 2023.

UMNO kini ibarat “sudah jatuh ditimpa tangga” selepas mengalami kekalahan demi kekalahan yang memalukan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Hakikatnya, UMNO tidak akan dapat dipulihkan selagi Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih berkuasa dan membuat keputusan mengikut sesuka hatinya.

Kini terpulang kepada Anwar untuk menilai kerajaan campurannya sama ada mahu merombak Kabinet atau hanya duduk diam tanpa berbuat apa-apa.

Realitinya, rakyat sudah memberi isyarat jelas menolak kerajaan campuran bersama UMNO dengan hasil keputusan PRN 2023 pada Sabtu lalu.

Anwar mempunyai pilihan sama ada membuang anak muridnya daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan membuktikan dirinya seorang berintegriti seperti yang dilaungkan selama ini.

Tidak ada gunanya memegang tampuk kuasa tetapi di mata rakyat kerajaan campuran yang dibentuk hanya sekadar mahu memenuhi nafsu kelompok tertentu yang terpalit dengan salah guna kuasa dan rasuah.

Rombakan Kabinet adalah jalan terbaik untuk memulihkan kembali keyakinan rakyat dan ia perlu dilakukan segera sebelum terlambat sehingga mengakibatkan kekalahan lebih teruk pada PRU-16 nanti.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
23 jam lalu· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
PRN: Sedikit lagi belum selesai, kata PKR
May 13, 2023
Sekurang-kurangnya Kabinet kerajaan PN sebelum ini tiada kluster mahkamah
November 29, 2022
Puad Zarkashi pemimpin ‘tua’ panas baran wajar diganti, kata Tun Faisal
December 25, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok