Puad Zarkashi lapar perhatian

July 7, 2022 · Politik

Datuk Puad Zarkashi tidak perlu mencampuri urusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sebaliknya beliau dinasihatkan menumpukan perhatian kepada jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu sebagai laparkan perhatian, Ketua Badan Pimpinan Bersatu Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata Puad gemar bermain politik berbanding memberi khidmat kepada rakyat.

“Meskipun bergelar seorang Yang Berhormat apatah lagi telah dilantik sebagai Speaker Dewan Negeri Johor, beliau masih mempunyai masa terluang yang banyak untuk menyerang Bersatu.

“Masa terluang tersebut digunakan oleh beliau sehabisnya untuk meratib nama pimpinan Bersatu menerusi kenyataan-kenyataan jumud dalam media sosialnya.

“Selain menunjukkan dirinya seorang yang laparkan perhatian, malah beliau juga telah menunjukkan bahawa dirinya lebih gemar untuk ‘bermain politik’ berbanding berkhidmat kepada rakyat,” kata ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu itu dalam kenyataannya.

ADUN Bukit Kepong itu mengingatkan Puad supaya berhenti berkhayal dan kembali menjalankan tugas hakiki, tatkala rakyat sedang berdepan dengan inflasi dan kenaikan kos sara hidup.

“Saya ingin menyarankan kepada beliau agar tidak mencampuri urusan Bersatu dan memberikan perhatian terhadap tanggungjawab sebagai AADUN serta Speaker Dewan Negeri Johor.

“Janganlah ditunjukkan sangat ‘gila bayang’ atau perasaan kemaruk terhadap Bersatu sehinggakan kerap kali melatah dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan, hingga mencemarkan kedudukannya sebagai Speaker,” katanya.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
22 jam lalu· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
2 jam lalu · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok