PRU-15 segera supaya UMNO dapat tangani inflasi dengan cekap

June 26, 2022 · Politik

Gesaan UMNO supaya pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) disegerakan bertujuan memastikan kerajaan dapat menangani isu kenaikan harga barang dengan lebih cekap, kata Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu sebelum ini melabel Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri (PM) terlemah mendakwa jika PRU-15 tidak disegerakan sudah pasti rakyat akan menyalahkan UMNO sebagai punca inflasi yang dialami rakyat ketika ini.

“Jika keadaan ini tak ditangani segera, pastinya UMNO akan sekali lagi menjadi mangsa hukuman rakyat.

“Kalau sebelum ini situasi dan mood rakyat banyak berpihak kepada UMNO/BN (Barisan Nasional), tak mustahil keadaan itu akan berputar 360 darjah memihak kepada Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN),” katanya dalam satu hantaran Facebook.

Nur Jazlan yang juga bekas Ahli Parlimen (MP) Pulai itu berkata disebabkan itu UMNO mendesak agar PRU-15 disegerakan supaya isu inflasi dapat ditangani dengan lebih berkesan.

“Sebab itulah UMNO mendesak agar PRU15 diadakan segera bagi memastikan sebuah kerajaan yang stabil, kukuh dan cekap dapat dibentuk untuk menangani krisis inflasi dengan lebih cepat,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, Ismail Sabri berada dalam dilema kerana berdepan halangan untuk merombak Kabinetnya walaupun menyedari terdapat Menteri yang tidak menunjukkan prestasi baik.

“Sebenarnya PM berada dalam dilema besar. PM tak boleh nak buat rombakan kabinet untuk gantikan menteri-menteri tak perform itu dengan orang yang lebih berwibawa, selagi kumpulan jerung Bersatu masih terikat dalam Kerajaan PN.

“Akhirnya PM terpaksa telan segala keperitan, kena terima segala tohmahan dari rakyat kerana PM tak boleh membentuk sebuah kerajaan yang mantap dan kukuh,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Nur Jazlan dipetik melabel Ismail Sabri sebagai PM daripada UMNO paling lemah dalam sejarah negara kerana didakwa tidak boleh membuat keputusan atau menegaskan kuasanya.

“Tidak pernah seorang Perdana Menteri UMNO selemah ini dalam sejarah negara. Senario yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan ketika ini dilihat bercelaru dan mencerminkan kedudukannya yang lemah,” katanya sebelum ni.

Pada PRU-14, Nur Jazlan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Pulai apabila tewas kepada Datuk Salahuddin Ayub mewakili PH dengan perbezaan undi besar sebanyak 28,924.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Pemuda PKR pula desak Ramasamy dipecat dari kerusi Timbalan KM
February 12, 2023
Kerajaan Anwar sekat kebebasan bersuara rakyat, BERSIH kecewa janji tak ditunaikan
September 13, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok