PRU-15: PN yakin tawan enam kerusi DUN milik UMNO

August 13, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) yakin enam daripada 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) milik UMNO di Terengganu akan ditawan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan PN Terengganu, Senator Datuk Razali Idris berkata ini berdasarkan penilaian yang dibuat oleh beliau selepas turun padang ke akar umbi di negeri itu.

“Saya jangka 10 kerusi DUN Umno kita akan dapat 6 kerusi. Kita boleh menang asasnya.

“Saya yakin boleh bantu di situ. Saya buat penilaian sendiri,” katanya yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

Terdahulu, Penerangan Bersatu Malaysia menganjurkan perjumpaan tertutup bersama jentera Bahagian Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Program tertutup ini dirasmikan Ketua Penerangan Bersatu Malaysia Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Dalam pada itu, Razali berkata soal berapa kerusi Bersatu akan bertanding bukan menjadi perkara utama.

Beliau berkata apa yang penting, calon mana yang boleh menang di DUN Terengganu.

“Tidak kira Bersatu, PAS atau Gerakan. Yang penting boleh menang. Bukan kira berapa banyak kerusi Bersatu nak bertanding di Terengganu,” katanya.

Mengenai kawasan yang akan ditandinginya, Razali bagaimanapun menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti sama ada kerusi Parlimen atau DUN.

 

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
7 jam lalu · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok