Portal dakwa Anwar akan pilih Zahid sebagai TPM, balas jasa anak murid

November 30, 2022 · Politik

Laporan sebuah portal mendakwa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bakal menjadi pilihan cikgunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim  untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) dalam kerajaan baharu.

Memetik laporan The Malaysia Insight, Perdana Menteri (PM) Ke-10 itu lebih cenderung untuk memilih Zahid sebagai timbalannya kerana jasanya membantu menjadi PM selepas mengidam untuk sekian lama dan hanya dengan sokongan UMNO-Barisan Nasional (BN) baharu ia dapat menjadi kenyataan kini.

Memetik sumber, portal tersebut berkata Anwar perlu bergantung kepada Zahid untuk kekal berkuasa dan kerajaan hanya akan stabil dengan sokongan Ahli Parlimen UMNO-BN.

Realitinya Zahid membantu Anwar untuk menjadi PM dan ia perlu diperakui. Beliau juga satu-satunya individu yang boleh membantu mengekalkan 30 kerusi BN,” kata satu sumber rapat dipetik laporan tersebut.

“Apa yang kita mahu lihat, beri Anwar kebebasan untuk memilih timbalan dan Kabinetnya. Jika ia tidak berfungsi, buang saja mereka,” katanya.

Jika jangkaan laporan tersebut menjadi kenyataan, ia adalah isyarat Anwar mengabaikan prinsipnya hanya kerana mahu mengekalkan kuasa semata-mata walaupun menyedari anak muridnya itu masih berdepan pendakwaan di mahkamah.

Mungkin Anwar tidak mahu melihat insiden yang berlaku terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dihadapinya juga, apabila beberapa Ahli Parlimen UMNO sebelum ini menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Kabinet baharu mungkin dinamakan pada masa terdekat, malah Anwar juga sudah mengemukakan senarai kepada Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah semasa sesi menghadapi semalam.

Anwar mengangkat sumpah sebagai PM Ke-10 Khamis lalu selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang meyaksikan Zahid mengheret UMNO bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan DAP walaupun kedua-duanya merupakan seteru utama.

Terdahulu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa Anwar tidak membawa masuk pemimpin kluster mahkamah dalam kerajaan bakal dibentuknya.

Bersih membuat pendirian ahli politik yang berdepan pendakwaan di mahkamah perlu diketepikan daripada barisan pentadbiran kerajaan yang akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bersih berpandangan bahawa sehingga dan melainkan kedua-dua pihak pendakwaan dan kehakiman benar-benar bebas daripada pengaruh politik, ahli politik yang masih mempunyai kes mahkamah mengambil jawatan eksekutif adalah langsung tidak boleh diterima.

“Ini kerana sebarang pembebasan akan dilihat sebagai pemberian pengampunan kepada mereka yang di pihak Eksekutif, sekalipun jika kes mereka secara meritnya layak dibebaskan.

“Hal ini akan melumpuhkan keyakinan rakyat terhadap kedua-dua AGC dan kehakiman,” kata Bersih.

Bersih juga mengingatkan bahawa gerakan politik sedemikian boleh menimbulkan keraguan terhadap integriti kerajaan Anwar dan mencemarkan reputasi negara.

Bersih juga meluahkan kebimbangan dengan cadangan pihak tertentu dan individu supaya Zahid dipertimbangkan untuk jawatan TPM dalam pembentukan kabinet baru nanti.

“Zahid masih dalam perbicaraan untuk 47 pendakwaan jenayah pecah amanah dalam kes Yayasan Akalbudi.

“Walaupun beliau telah dibebaskan daripada 40 tuduhan rasuah skim visa VLN oleh Mahkamah Tinggi pada 22 September lalu, pasukan pendakwaan juga telah mengemukakan rayuan untuk kes tersebut,” kata Bersih.

Bersih juga menggesa semua parti dalam kerajaan campuran supaya mengelak daripada menamakan individu yang sedang berdepan dengan kes mahkamah untuk pertimbangan Anwar.

“Wakil rakyat yang sedang menjalani kes rasuah seperti (Pengerusi DAP) Lim Guan Eng, Presiden Muda) Syed Saddiq dan (Pengerusi BN Sabah) Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, tidak boleh dilantik ke dalam kabinet sehingga kes mereka selesai sepenuhnya oleh mahkamah tanpa sebarang 

campur tangan Eksekutif melalui Jabatan Peguam Negara,” katanya lagi.

Terdahulu, spekulasi tercetus selepas Anwar memberi bayangan tidak menolak pemimpin kluster mahkamah bakal dibawa masuk dalam Kabinet memandangkan seseorang itu masih tidak didapati bersalah selagi hukuman belum dijatuhkan.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
11 jam lalu· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok