PN runding isu peruntukan dengan Fadillah, tidak dengan Zahid: Tuan Ibrahim

April 6, 2023 · Politik

Rundingan bagi mendapatkan peruntukan untuk Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) akan dibuat dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Keputusan PN untuk berunding dengan TPM dari Sarawak itu disahkan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang secara tidak langsung menunjukkan PN memilih untuk tidak mengadakan perbincangan dengan seorang lagi TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Kita melantik tiga Ahli Parlimen dari PN untuk berunding iaitu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin.

“Rundingan akan dilakukan dalam tempoh terdekat, kita tidak tahu berapa jumlah peruntukan sebenar, namun Perdana Menteri memaklumkan akan memberi jumlah yang sama dengan Ahli Parlimen kerajaan.

“Kita nak tengok bukti nanti dan apa syarat yang dikenakan,” katanya dipetik laporan BH.

Pada masa sama, Tuan Ibrahim menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang adalah sama dengan pihak kerajaan.

Bagaimanapun, beliau berharap peruntukan itu dapat disalurkan dengan kadar segera bagi membantu rakyat terutama ketika Ramadan.

“Saya jangkakan rundingan hanya berlaku sekali saja sebelum selesai,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Anwar mengulangi kesediaannya memberi jumlah peruntukan yang sama kepada Ahli Parlimen pembangkang seperti diterima wakil rakyat blok kerajaan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, ia perlu dimulakan dengan proses rundingan membabitkan kedua-dua pihak bagi menentukan parameter yang diluluskan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, Ahli Parlimen pembangkang perlu bersedia untuk berdepan sebarang kebarangkalian jika enggan berbuat demikian.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok