PMX pertahan lantikan politik, kata dilantik berdasarkan kelayakan

May 24, 2023 · Politik

Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan lantikan politik yang dibuat dalam kerajaan campuran baru-baru ini, ia walaupun menerima banyak kritikan banyak pihak.

Perdana Menteri (PMX) menjelaskan individu yang dilantik bagi menerajui badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Kementerian Kewangan dibuat berdasarkan kelayakan seseorang itu.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, PMX berkata latar belakang dan keupayaan calon diambil kira sebelum mereka dilantik ke jawatan itu.

“Justeru itu, hanya individu yang berkelayakan atau memenuhi kriteria ‘fit and proper’ sahaja yang dilantik untuk menerajui Lembaga Pengarah BBP dan syarikat-syarikat MKD,” katanya.

Jelasnya lagi, pelantikan ahli lembaga pengarah (ALP) dalam badan berkanun persekutuan (BBP) dan syarikat-syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) bukan semata-mata untuk mengisi kekosongan tetapi berdasarkan keperluan masing-masing.

Anwar berkata pelantikan itu juga mengambil kira keperluan dan ‘core business’ BBP dan syarikat itu sendiri bagi membolehkan lembaga pengarah berkenaan beroperasi pada tahap yang optimum.

Katanya, calon mesti mempunyai sekurang-kurangnya ijazah, atau kelayakan akademik lain yang setara, pengalaman dalam industri berkaitan, dan kepakaran yang berkaitan dengan badan kawal selia atau GLC.

“Kriteria berkenaan merupakan kaedah bagi meningkatkan keupayaan barisan kepimpinan ALP BBP dan syarikat MKD dengan memperluaskan serta mempelbagaikan lagi komposisi ahli-ahlinya daripada segi kemampuan, kepakaran dan pengalaman.

“Pengalaman sama ada dalam bidang operasi, teknikal, profesional atau pendedahan spesifik kepada sektor berkaitan adalah penting bagi memastikan mereka dipilih bagi memantapkan struktur lembaga pengarah,” katanya lagi.

Anwar berkata semua pelantikan lembaga pengarah, termasuk pelantikan politik, mesti melalui proses tapisan bagi memastikan calon berkemampuan untuk memegang jawatan itu.

Beliau menambah bahawa calon untuk GLC yang tersenarai di Bursa Malaysia diteliti oleh Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan serta Lembaga Pengarah syarikat masing-masing.

Calon juga ditapis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Insolvensi, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, dan Bank Negara Malaysia.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan pelantikan lima pemimpin Parti Amanah itu dalam agensi utama di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Ia membabitkan bekas Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP); Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan ADUN Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali sebagai Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).

Selain itu, bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail sebagai Pengerusi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan ADUN Behrang, Aminuddin Zulkipli sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Sebelum ini, kerajaan juga mengumumkan lantikan beberapa pemimpin UMNO bagi menerajui agensi dalam kerajaan.

Berita berkaitan
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
5 jam lalu· Politik
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
6 jam lalu· Politik
DAP dan PKR dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO, kata Asyraf Wajdi
7 jam lalu· Politik
Melayu mudah lupa sokong PH, Hadi gesa jangan sokong pembohong
June 1, 2023· Politik
Popular
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
June 2, 2023
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
June 2, 2023
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
June 2, 2023
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
June 2, 2023
Lagi Politik terkini
Bukan korek cerita lama, mahu harta rakyat dipulangkan: PMX
17 minit lalu · Politik
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
4 jam lalu · Politik
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
4 jam lalu · Politik
PRN: Bersih gesa SPR buka permohonan undi pos segera
6 jam lalu · Politik
Muhyiddin sedia kerjasama semula dengan Tun M
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
23 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok